Hi! Welcome Back and Stay Tune! 12 tahun bersama SMK Lutong jadi pengalaman manis buat Marcus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

12 tahun bersama SMK Lutong jadi pengalaman manis buat Marcus

PERPISAHAN: Marcus Hugo (tengah) memotong kek pada majlis makan malam perpisahan beliau, kelihatan sama (dua dari kiri) Lawrence, Dennis dan Misiah manakala (tiga dari kanan) Anita, Sebastian dan Lee dan Judy.

PERPISAHAN: Marcus Hugo (tengah) memotong kek pada majlis makan malam perpisahan beliau, kelihatan sama (dua dari kiri) Lawrence, Dennis dan Misiah manakala (tiga dari kanan) Anita, Sebastian dan Lee dan Judy.

MIRI: Pengalaman bertugas sebagai pengetua selama 12 tahun tiga bulan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong penuh cabaran namun ia tetap meninggalkan pengalaman manis sepanjang masa, kata Marcus Hugo Lejau.

Marcus berkata, sebelum ini beliau pernah mengajar di di SMK St Anthony, Sarikei sebelum ditugaskan di Jabatan Pendidikan Sarawak di Kuching, bertugas sebagai pengetua di SMK St Joseph Miri, SMK Long Lama , SMK Bakong dan terakhir di SMK Lutong.

“SMK Lutong merupakan sekolah paling lama saya berkhidmat sebagai pengetua iaitu bermula 2004 hingga 2016. Saya tidak nafikan, banyak rintangan yang dihadapi sepanjang bertugas di sini, namun saya melihat dari sisi positif.”

“Hari ini, saya melihat SMK Lutong banyak berubah. Proses transformasi berjaya mengubah sekolah ini sehingga diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis makan malam perpisahannya di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Jelasnya, kejayaan itu hasil kerjasama berpasukan guru, ibu bapa dan pelajar sekolah.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak memberikan kerjasama sepanjang tempoh perkhidmatan saya di sini,” katanya.

Hadir sama isteri beliau, Judy Chen Yiu Ling, Menteri Muda Perhubungan, Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau, Dato’ Sebastian Ting, Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai, dan Pemangku Pengetua merangkap Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Anita Yi dan Pengerusi Alumni SMK Lutong Kaunselor Misiah Abdullah.

Marcus Hugo menambah, beliau turut merasa sedih kerana meninggalkan dunia pendidikan, namun pada masa sama berasa bangga kerana SMK Lutong kini jauh sudah maju dan berubah.

“Saya sangat sedih meninggalkan sekolah ini, namun saya percaya saya sudah melakukan terbaik. Saya berbangga kerana sekolah ini tiada lagi masalah disiplin dan prestasi semakin meningkat.”

“Selain itu, sekolah ini bakal mempunyai blok kelas dan pentadbiran baharu dan lebih luas. Saya berharap guru, ibu bapa dan pelajar terus bekerjasama mengekalkan legasi kecemerlangan yang kita ada,” katanya.

Terdahulu, Lee dalam ucapannya turut memuji perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh Marcus Hugo sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai guru dan pengetua.

“Marcus merupakan seorang pengetua cemerlang yang patut dicontohi oleh setiap warga pendidik. Beliau seorang yang cukup dedikasi dan bersemangat tinggi sehingga SMK Lutong diangkat menjadi sekolah cemerlang dan terkenal.”

“Sumbangan beliau cukup besar dan saya berharap warga pendidik SMK Lutong, ibu bapa dan pelajar-pelajar tidak mensia-siakan harapan beliau untuk terus melihat sekolah ini cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Majlis pada malam itu dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh kakitangan sekolah dan pelajar sekolah selain acara memotong kek sempena perpisahan.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1RSyPFd

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.