Hi! Welcome Back and Stay Tune! Voon puji Adenan kerana berjuang demi rakyat Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Voon puji Adenan kerana berjuang demi rakyat Sarawak

KUCHING: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, Voon Lee Shan berpendapat bahawa tiada sebab untuk pembangkang tidak menyokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Menurut Voon, pujian harus diberikan kepada Ketua Menteri atas apa telah beliau lakukan dalam tempoh singkat ini.

“Jika anda lihat apa yang telah Ketua Menteri laksanakan ketika ini, tiada sebab mengapa kita tidak menyokong beliau apatah lagi bila apa yang dilakukan oleh beliau adalah baik untuk kita.

“Kita harus faham bahawa kita termasuk DAP berjuang untuk Sarawak dan bukan untuk pembangkang sahaja. Kita tidak peduli siapa Ketua Menteri Sarawak asalkan beliau berjuang demi rakyat dan negeri ini secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Forum Di Ambang Pilihan Raya di salah sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Voon yang juga merupakan seorang peguam hadir sebagai ahli panel bersama dua lagi panel jemputan iaitu Paul Murhphy Ningkan dan Prof Madya Dr Jeniri Amir.

Paul merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri pertama Sarawak Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan manakala Dr Jeniri merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Idris Buang hadir sebagai moderator bagi forum itu.

Terdahulu pada forum itu, Voon berkata DAP hanya menyalak untuk publisiti apabila parti ditekan bagi meningkatkan royalti minyak dan gas Sarawak.

“Inilah politik, ia mengenai pemasaran di mana anda menimbulkan isu dan jika anda tidak tahu bagai-mana untuk menimbulkan isu anda tidak ada undi.

“Kita perlu membuat isu, semua orang harus mereka isu dan anda bercakap sehingga orang benar-benar percaya akan kata-kata anda kerana tiada jawapan yang betul atau salah dalam situasi politik,” katanya.

Meskipun sudah tidak terlibat dalam politik namun dari pemerhatian Voon dengan permainan DAP beliau dengan perkembangan parti itu yang semakin mendekati luar bandar menerusi Impian Sarawak.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/21YbVf0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.