Hi! Welcome Back and Stay Tune! SUHAKAM telah diiktiraf semula dengan status ‘A’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SUHAKAM telah diiktiraf semula dengan status ‘A’

KUCHING:Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) melaporkan bahawa pihaknya telah diiktiraf semula di bawah Paris Principle dengan status ‘A’ oleh Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Institusi Kebangsaan bagi Promosi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC) pada Mesyuarat Tahunan Ke-29 yang diadakan pada 22 Mac di Geneva.

Naib Pengerusi SUHAKAM Datuk Dr Khaw Lake Tee yang juga merupakan perwakilan ke mesyuarat tahunan tersebut telah menerima sijil anugerah bagi pihak SUHAKAM.

SUHAKAM juga telah menjalani proses akreditasi semula pada November 2015 serta disyorkan oleh Jawatankuasa Kecil ICC Akreditasi untuk penganugerahan status ‘A’ yang telah diterima oleh Biro ICC.

Pentauliahan semula status ‘A’ untuk memperjuangkan Hak Asasi Manusia Institusi Negara (NHRI) untuk lima tahun lagi bagi tempoh 2016 hingga 2020 merupakan pengiktirafan dan pengakuan oleh saingannya.

Justeru, sumbangan untuk perlindungan dan promosi hak asasi manusia di peringkat nasional dan antarabangsa akan terus diperjuangkan pihaknya selepas ini.

“Dengan mendapat akreditasi itu semula, SUHAKAM berjanji akan terus mempromosi, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia di negara ini dengan semangat yang lebih besar.

“Objektif utamanya adalah untuk menjadikan hak asasi manusia dinikmati oleh semua orang dalam negara atas dasar kesaksamaan dan bukan diskriminasi,” kata Khaw.

Pihaknya juga berhasrat untuk mengambil bahagian dalam forum antarabangsa mengenai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di setiap peringkat.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/21YbUYm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.