Hi! Welcome Back and Stay Tune! Matlamat Malaysia bebas dadah 2015 gagal – Lee Lam Thye - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Matlamat Malaysia bebas dadah 2015 gagal – Lee Lam Thye

Lee-Lam-Thye_drug_600

KUALA LUMPUR: Dengan nada kecewa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata Malaysia telah gagal mencapai matlamat sebagai ‘negara bebas dadah 2015′.

“Semua pihak kena tanya diri sendiri, kerana gejala memerangi dadah ini melibatkan semua pihak,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 2013-2015 yang menunjukkan sejumlah 88,597 adalah penagih baru, dan 39,009 pula adalah penagih berulang.

Beliau menekankan kaedah memerangi gejala dadah perlu dirombak secara keseluruhan.

“Ada banyak kekangan dalam usaha ini. Bukan setakat penguatkuasaan, tetapi juga kelemahan dalam penglibatan ibubapa dan keluarga, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan.

“Kaedah (memerangi dadah) perlu dirombak semula, daripada aspek penguatkuasaan undang-undang sehinggalah pemulihan,” katanya lagi.

Antara masalah utama yang sekian lama membelenggu isu ini, katanya lagi, adalah penerimaan keluarga bekas penagih, kesukaran mendapatkan pekerjaan dan hakikat bahawa ada yang kembali terjerumus ke dalam kancah tersebut selepas proses pemulihan.

Rekod AADK yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed di Dewan Rakyat 31 Mac lalu turut menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri yang paling ramai penagih dengan 18,889 kes, dan kaum Melayu memiliki jumlah penagih paling ramai dengan 100,240 (78.54 peratus) daripada 127,606 penagih.

Namun begitu, Lee menekankan bahawa dadah adalah ‘masalah rakyat Malaysia’, dan enggan melihatnya menerusi perspektif kaum.

“Sungguhpun ada kaum yang menjadi majoriti, ini adalah masalah masyarakat secara keseluruhan. Jika nak perangi dadah, kita tidak boleh melihatnya melalui lensa perkauman,” katanya lagi.



Mukah Pages sharing automated post from Free Malaysia Today http://ift.tt/1RuVl4P

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.