Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelbagai bantuan disedia jaga kebajikan rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelbagai bantuan disedia jaga kebajikan rakyat

Oleh Mastura Ismail//

TERIMA KASIH: Awang Tengah (depan sembilan kiri), Morliah dan yang lainnya bergambar bersama penerima ESH Nelayan di Lawas semalam.

TERIMA KASIH: Awang Tengah (depan sembilan kiri), Morliah dan yang lainnya bergambar bersama penerima ESH Nelayan di Lawas semalam.

LAWAS: Kerajaan memperuntuk RM113. 5 juta dalam Elaun Sara Hidup (ESH) kepada nelayan di negeri ini sejak 2008, kata Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM 14.780 juta diperuntuk kerajaan tahun lepas.

Jelas beliau, selain ESH pelbagai bantuan disedia kerajaan demi menjaga kebajikan rakyat khususnya golongan nelayan yang memain peranan penting membawa keluar hasil laut untuk dinikmati rakyat.

“Semasa persidangan Ketua Menteri, ketika saya mewakili Sarawak tiga tahun lalu, saya menegaskan bahawa ESH nelayan perlu diterus dan Perdana Menteri secara spontan bersetuju cadangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan ESH Nelayan secara tunai, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lawas di Stadium Tertutup Lawas semalam.

Turut hadir isteri Awang Tengah Datuk Dayang Morliah Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Pegawai LKIM Wilayah Tiga Miri, Mastam Nodo, Pengerusi PNK Lawas, Awangku Adnan Pangiran Tangah dan ketua masyarakat lain.

Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian itu berkata lagi ESH dinaikkan daripada RM 200 hingga RM 300 setiap bulan mengikut kategori dalam Bajet 2015.

Sementara itu, beliau mahu sokongan nelayan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) diterus bagi memastikan kerajaan sedia ada membentuk kerajaan pada PRN ini nanti.

“Jangan biarkan perbezaan peribadi menghalang kita untuk terus bersatu dalam menyokong BN dalam PRN ini nanti,” katanya lagi.

Beliau menegaskan bahawa ahli PNK Lawas telah mendapat manfaat daripada pelbagai bentuk bantuan, projek fizikal, kemudahan pinjaman atau geran di bawah program khusus untuk meningkatkan taraf hidup nelayan.

Antaranya katanya pembinaan jeti baharu, pasaran, dana pinjaman nelayan, projek ekonomi, bantuan peralatan menangkap ikan, bahan api bersubsidi, elaun sara hidup dan lain-lain lagi.

Awang Tengah berharap program perumahan nelayan juga akan diluluskan untuk masyarakat di Lawas selain lebih banyak projek pembaikan rumah lain.

Pada majlis itu seramai 850 nelayan menerima elaun dan bantuan lain pada majlis itu.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/21YbVeO

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.