Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pahit manis GST, peniaga dan rakyat terpaksa akur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pahit manis GST, peniaga dan rakyat terpaksa akur

KUCHING: Meskipun dibantah pada awal pelaksanaannya, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus yang diperkenal 1 April tahun lalu kini sedikit demi sedikit semakin diterima pelaksanaannya.

Masyarakat termasuk peniaga dan pembeli yang terkesan dengan pelaksanaan cukai baharu itu kini sudah mula ‘tenang’ dan akur dengan setiap apa telah diputus serta dilaksana kerajaan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan, setelah genap setahun pelaksanaannya semalam, masih terdapat kekurangan dan kelemahan dihadapi peniaga khusus dalam industri perniagaan mikro.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Peniaga-Peniaga Lebuh India Datuk Wee Hong Seng ketika dihubungi semalam, antara faktor kelemahan GST dalam kalangan pengusaha perniagaan termasuk menaik taraf perisian perakaunan, pelantikan juru akaun mahir serta pengkajian semula sistem dan proses perniagaan agar ia selari dengan undang-undang GST.

“Apa sering menjadi masalah kepada peniaga ialah apabila terpaksa melantik atau mencari juruakaun mahir baharu mengendali perakaunan yang memakan perbelanjaan lain.

“Termasuk keperluan membeli mesin juruwang, ini juga memerlukan perbelanjaan lain dan pastinya peniaga dikenakan cukai untuk ini.

“Justeru, saya saran agar kerajaan mengkaji semula sistem GST agar ia membolehkan peniaga membuat pembelian mesin juruwang. Sebagai contoh dikecuali GST kerana kita (peniaga) membantu kerajaan mengutip perolehan cukai, kalau boleh kecualikan peniaga daripada dikenakan cukai,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau juga tidak menafikan GST memberi pulangan kepada ekonomi negara, tetapi pada masa sama, beliau mengambil kira kesan GST yang banyak dirasai oleh pelanggan sebagai pengguna akhir.

Katanya, kerajaan menawar pelbagai bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pengkajian semula gaji minumum tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang yang sedang sakit, tidak mungkin rakyat boleh bertahan, lebih-lebih lagi dengan GST.

“GST menjadikan pasaran dan pembeli berhati-hati dalam setiap urusan jual beli. Ini kerana sejak ia (GST) dilaksana, kita dapat melihat senario pembeli membataskan diri supaya lebih berjimat dan membeli barangan diperlukan sahaja.

“Ini bagus kepada ekonomi negara kerana rakyat hanya berbelanja mengikut kemampuan tetapi pada masa sama ia membebankan mereka kerana akhirnya mereka tetap tidak boleh lari dari membeli,” jelasnya.

Tambahnya, beliau mahu kerajaan menyelidik serta mengkaji mekanisma pelaksanaan GST agar tidak terus membebankan rakyat dan juga peniaga.

Melahirkan pandangan berbeza, pengusaha kedai cat di bandar raya ini yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lau menyifatkan GST sebagai sistem percukaian yang paling telus berbanding sistem cukai yang sebelumnya.

“GST bagi pendapat saya, cukai yang adil dan telus kepada semua peringkat masyarakat kerana semua pihak terlibat, dari pengilang, pengedar, pembekal, penjual sehinggalah kepada pelanggan akhir, semua terlibat.

“Berhubung masyarakat menyalahkan GST yang membebankan hidup adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali. Ini kerana GST tidak terlalu memberi kesan besar tetapi yang memberi kesan besar kepada kesukaran hidup yang dialami sekarang ialah kejatuhan nilai mata wang kita,” katanya.

Bagaimanapun, ujar beliau, masih ada kelemahan di mana sistem GST merupakan sistem yang menyukarkan peniaga.

Setiap bulan peniaga terpaksa menyediakan laporan kemas kini untuk dihantar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan ia dilakukan dalam keadaan terburu-buru.

“Justeru, peniaga berharap agar kastam dapat memberi kelonggaran masa kepada peniaga untuk menyediakan laporan kemas kini GST tersebut,” jelasnya.

GST diperkenal sejak 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang menjadi penyelamat kepada sumbangan hasil ketika berlaku kejatuhan harga minyak yang menjejaskan pendapatan kerajaan.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/21YbXDA

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.