Hi! Welcome Back and Stay Tune! Naik taraf surau Kampung Siwak siap sepenuhnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Naik taraf surau Kampung Siwak siap sepenuhnya

MIRI: Penduduk Kampung Siwak, Jaya Bakam berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mempercepat kerja menaik taraf surau At Taqwa yang siap sepenuhnya penghujung tahun lalu.

Setiausaha surau, Norfarid Razali memberitahu, penduduk juga berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat menjayakan projek yang dilaksanakan dalam tempoh kurang sebulan.

Beliau memberitahu, projek melibatkan kerja-kerja pembinaan pagar konkrit yang baharu dan mengecat dinding surau dengan kos berjumlah RM60,000.

“Jawatankuasa surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ripin dan kerajaan negeri kerana meluluskan dan melaksanakan projek ini,” jelas Norfarid.

Sebagai tanda terima kasih, majlis perasmian projek telah diadakan pada 29 Mac lalu disempurnakan Ripin selepas solat jemaah Isyak.

Program malam itu dimulakan dengan solat fardu Maghrib diikuti ceramah disampaikan oleh Ustaz Jamalludin Taim dari Jabatan Agama Islam Sarawak Miri.

Hadir sama ialah Ketua Tabung Baitulmal Sarawak Miri, Marini Juraibi, Penghulu Adam Bujang, Ketua Kaum, Madani Wahed, Ketua Kaum Marani Lidi, pengerusi surau Nasil Usin, Ustaz Dollah Said dan Ustaz Mohamad Jol Ahmad.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/21YbVeK

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.