Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarawak-Brunei promosi pelancongan utara negeri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarawak-Brunei promosi pelancongan utara negeri

Oleh Mastura Ismail//

‘BAH KE LIMBANG TAH’: Maria (kiri), Dr Abdul Rahman, Abdul Karim, Abang Johari, Misnu dan Paulus (kanan) pada Pra Perasmian Program SJSN di Limbang semalam.

‘BAH KE LIMBANG TAH’: Maria (kiri), Dr Abdul Rahman, Abdul Karim, Abang Johari, Misnu dan Paulus (kanan) pada Pra Perasmian Program SJSN di Limbang semalam.

LIMBANG: Sarawak bekerjasama dengan negara Brunei Darussalam mempromosi kawasan pelancongan utara negeri ini termasuk kawasan hijau Heart of Borneo berdasarkan kedudukan Limbang strategik dalam kluster pembangunan pelancongan bagi kawasan pertumbuhan Asia Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).

Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata selain Sarawak, Brunei turut menunjuk minat membangunkan industri pelancongan di negara tersebut.

Jelasnya setakat ini Sarawak mempunyai tiga cadangan pelancongan iaitu meningkatkan kerjasama penerbangan Royal Brunei yang mempunyai jaringan penerbangan terus ke Hong Kong, Singapura dan Bandar Seri Begawan untuk membawa masuk lebih ramai pelancong luar mengunjungi negara jiran dan kawasan utara Sarawak.

“Kita juga mengenal pasti sama ada Limbang, Brunei dan Sabah sebagai kawasan mempunyai pendekatan sama dari sudut promosi serta cadangan mewujudkan Borneo Airpass berkaitan perhubungan udara antara Sabah, utara Sarawak dan Brunei,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui media pada majlis praperasmian Program Sejiwa Senada (SJSN) di Kompleks Sukan Limbang semalam.

Turut sama ialah Menteri Muda Perumahan merangkap Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha, ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Maria Hasman dan Timbalan Residen Pembangunan Selamat Jati Yanjah.

Abang Johari menjelaskan lagi sekitar RM40 juta diper-untuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi membangunkan infrastruktur di Limbang serta pelaksanaan projek Ranggau Valley, jambatan kedua Sungai Limbang, pembinaan tebingan Sungai Limbang dan projek lain.

Mengulas mengenai program SJSN, Abang Johari berkata, ia padat pelbagai program seperti pameran pembangunan, pentas rakyat, persembahan hiburan artis jemputan khas dan tempatan, pameran usahawan tempatan, aktiviti masyarakat, seminar pembangunan dan kepimpinan ketua masyarakat/ketua kaum, ceramah dan e-Peraduan.

“SJSN Limbang menawarkan hadiah utama, iaitu sebuah kereta Perodua Axia untuk e-Peraduan diikuti banyak lagi hadiah menarik antaranya seekor kerbau, motosikal, set televisyen, telefon pintar, peti sejuk dan pelbagai barangan lumayan lain,” katanya.

Beliau berkata lagi seba-nyak 155 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jabatan serta agensi persekutuan dan negeri akan menyertai program tiga hari itu, yang akan berlangsung sehingga 3 April.

Program SJSN itu yang ketujuh tahun ini, sejak dilancar di Miri pada Januari lepas diadakan bagi mengeratkan hubungan kerajaan dengan rakyat melalui konsep ‘turun padang’.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/21YbYav

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.