Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPR sahkan terima notis pembubaran DUN Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPR sahkan terima notis pembubaran DUN Sarawak

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada Speaker Dewan, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar semalam.

Bagaimanapun, Pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah berkata pihaknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas selepas pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa iaitu pada 11 April nanti.

Katanya, mesyuarat khas itu bagi memutuskan semua perkara berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

“Termasuk tarikh-tarikh penting seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Kelmarin, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April. — Bernama

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/21YbVve

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.