Hi! Welcome Back and Stay Tune! PDRM terus pergiat program komuniti bersama masyarakat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PDRM terus pergiat program komuniti bersama masyarakat

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat melalui pelbagai jenis program dan projek komuniti.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata menerusi pelaksanaan program demikian, ia diharap dapat meningkatkan lagi persefahaman sedia ada.

Menurutnya, kerjasama polis dengan masyarakat perlu diteruskan malah selaras dengan slogan ‘polis dan masyarakat berpisah tiada’.

“Kita mahu hubungan ini terus dipertingkatkan menerusi kerjasama antara polis dan masyarakat dalam apa jua aktiviti sosial,” katanya.

Abang Ahmad berkata demikian ketika berucap pada Program Gotong-Royong Sempena Hari Peringatan Polis Ke-209 di Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa Sarawak (PIBAKAT) di sini, semalam.

Abang Ahmad berkata program komuniti dengan PIBAKAT akan menjadi salah satu program yang akan dilakukan pada masa akan datang dan ia bukan sahaja untuk memberikan khidmat masyarakat tetapi untuk memupuk hubungan yang baik dan membantu untuk membawa kebersihan kepada kawasan sekitar pusat tersebut.

“Ini cara kita menyumbang kepada masyarakat dengan membantu melalui kerja kebajikan. Pada masa sama melakukan tugas kepolisan kepada masyarakat umum untuk menjaga keamanan dan ketenteraman,” katanya.

Terdahulu Setiausaha Kehormat, Ng Kui Choo turut berterima kasih kepada Polis Kuching kerana memilih PIBAKAT untuk melaksanakan program kebajikan.

Menurut beliau, PIBAKAT merupakan NGO kebajikan dan pemulihan kanak-kanak kelainan upaya yang telah menerima 150 pelatih dari 195 keluarga berdaftar.

Difahamkan, seramai 100 orang terlibat dalam gotong-royong membabitkan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dan ahli-ahli dari PIBAKAT.

Hadir sama, Presiden PIBAKAT, Zaidi Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Ernest John dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Pentadbiran) Superintendan Ismail Mahmood.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1RSyQbZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.