Hi! Welcome Back and Stay Tune! Subjudis atau tidak? Hakim, pakar kemuka pandangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Subjudis atau tidak? Hakim, pakar kemuka pandangan

shaik-daud-ismail_parliment_law_600_1

PETALING JAYA: Parlimen tidak sepatutnya membahaskan kes yang akan dibicarakan di mahkamah kerana ia boleh dilihat seperti cubaan untuk mencampuri badan kehakiman, kata seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan.

“Ini kerana mereka yang berbahas akan memberi pendapat,” jelas Hakim Shaik Daud Ismail kepada FMT.

Beliau bagaimanapun akui bahawa tiada undang-undang dalam negara ini yang menghalang perbahasan kes yang akan dibicarakan.

“Resamnya, kes yang akan dibicarakan tidak sepatutnya dibahaskan secara terbuka kerana ia mungkin dimaksudkan sebagai menghina mahkamah.”

Shaikh mengulas keputusan Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa isu berkaitan derma RM2.6 bilion dan SRC International tidak boleh dibangkitkan oleh wakil rakyat pemerintah dan pembangkang di dalam Dewan, kerana ia subjudis.

Keputusan Pandikar itu menyusuli semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali yang tidak mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari berkata terpulang pada mahkamah untuk menentukan samada satu-satu perkara itu subjudis atau tidak.

“Kalau ada yang rasa subjudis, mohon, dan biar mahkamah yang putuskan.”

Sementara itu, Aziz berpandangan perbahasan berkenaan isu derma politik RM2.6 bilion dan SRC International wajar dibenarkan pada peringkat ini.

“Subjudis jika ia disebut secara terus, tetapi semakan kehakiman oleh Majlis Peguam menjurus kepada keputusan Peguam Negara, bukannya kes RM2.6 bilion atau SRC International,” katanya, manakala kes saman Tun Mahathir terhadap Najib akan hanya ditetapkan untuk pengurusan kes depan pendaftar pada 20 April depan.

Malah, Parlimen merupakan wahana yang sesuai untuk membahaskan isu itu memandangkan kedudukannya sebagai institusi yang terkawal dan teratur.



Mukah Pages sharing automated post from Free Malaysia Today http://ift.tt/1UJAFci

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.