Hi! Welcome Back and Stay Tune! GST: Setahun berlalu, rakyat akui tetap terbeban - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GST: Setahun berlalu, rakyat akui tetap terbeban

Oleh Rusnan Mustafa//

 

KUCHING: Setelah setahun pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana terpaksa menelan kepahitan sejak ia dikuat kuasa di negara ini, April tahun lalu.

Malah ramai berpendapat, mereka merasai beban yang terpaksa ditanggung khususnya peningkatan segi kos barangan keperluan harian dan perbelanjaan anak-anak.

Tinjauan Utusan Borneo sekitar bandar raya ini semalam mendapati ramai kalangan masyarakat pelbagai lapisan umur meluah rasa sama yakni terbeban dengan pelaksanaan GST namun terpaksa menerimanya.

Manakala golongan belia sudah berkahwin, Helni Jamil, 27, berkata, sebelum pelaksanaan GST perbelanjaan bulanan termasuk barangan keperluan dua anaknya masih berusia lima dan dua tahun hanya RM600 sebulan.

Namun, sejak cukai itu dilaksana, katanya, kos perbelanjaan bulanan meningkat sebanyak enam peratus.

“Ia amat membebankan kerana sepanjang setahun GST dilaksana, kita tidak dapat mengelak daripada cukai ini dan terpaksa menelan meskipun pahit,” katanya ketika ditemui semalam.

Malah, Helni bekerja sebagai guru tadika memberitahu beliau dan suaminya terpaksa mencari jalan lain menambah sumber pendapatan mereka.

“Kalau boleh kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan GST kerana ia memberi beban kepada rakyat keseluruhannya,” tambahnya.

Menurut golongan belia bujang pula, Nazirol Sama’ail, 28, pelaksanaan GST tidak memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“GST hanya memberi manfaat kepada ekonomi negara dari segi peningkatan pendapatan. Bagi rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, ia amat membebankan.

“Walaupun kita dimaklumkan mengenai jumlah hasil kutipan GST ini, tetapi rakyat tidak mengetahui bagaimana jumlah perolehan itu diagih dan diguna untuk kebajikan rakyat,” jelasnya.

Tegasnya lagi, jika hasil GST diguna membangunkan negara dan membantu rakyat bagaimana mekanisma penggunaan perolehan tersebut.

“Perkara sebegini perlu diperjelas kepada rakyat agar rakyat benar-benar faham mengenai GST dan manfaatnya. Bukan sahaja kepada ekonomi negara tetapi golongan sasar,” kata Narizol.

Sementara itu, menurut pandangan golongan berusia pertengahan pula, Akasah Dolet dan Akbar Bujang, kedua-duanya turut menyatakan sepanjang tempoh setahun pelaksanaannya, GST merupakan waktu yang sukar.

“Amat membebankan berbanding sebelum pelaksanaan GST, kalau dahulu RM50 banyak barang yang dapat dibeli tetapi sekarang ia semakin sedikit,” kata mereka.

Pandangan yang sama turut dilontar warga emas, Narawi Paun yang kini berusia 74 tahun, setiap rakyat pasti menghadapi cukai ini.

“Mana ada kedai mengecualikan golongan warga emas daripada membayar GST. Kalau kita pergi ke pasar raya setiap barang ada dikena GST,” ujarnya.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1RSyS3B

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.