Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli-ahli RAPORT perlu berpandangan jauh, bersedia terima perubahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli-ahli RAPORT perlu berpandangan jauh, bersedia terima perubahan

SIBU: Ahli-ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Lembaga Pelabuhan Rajang (RAPORT) perlu berpandangan jauh dan sentiasa mempunyai pemikiran positif melakukan rutin masing-masing.

Presidennya, Christopher Yet berkata mereka juga bersedia menerima perubahan dan bersikap terbuka serta mengambil pendekatan holistik menyampaikan perkhidmatan.

“Nilai-nilai positif harus sentiasa diamalkan oleh ahli-ahli kelab agar dapat memberi sumbangan kepada Lembaga Pelabuhan Rajang (RPA) dengan perkhidmatan terbaik,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Kelab RAPORT ke-43 di sini kelmarin.

Beliau mengucapkan terima kasih di bawah kepimpinan dinamik dan sokongan Pengurus Besar RPA, Helen Lim terhadap Kelab RAPORT yang mendapat bantuan kewangan tahunan.

“RPA sentiasa menyokong Kelab RAPORT menjayakan aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi. Kita mengambil bahagian dalam pertandingan sukan anjuran MAKSAK dan antara pelabuhan,” ujarnya.

Selain itu, Yet mewakili Kelab RAPORT turut berterima kasih kepada kesungguhan Lim membantu menyediakan kebajikan sosial terbaik kepada pekerja-pekerja RPA.

Beliau memberitahu, objektif Kelab RAPORT menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi sejak mula ditubuhkan 43 tahun lalu dengan sokongan dan komitmen pengurusan RPA.

“Kelab RAPORT menganjurkan aktiviti Hari Keluarga, Hari Kualiti, majlis makan malam korporat dan aktiviti sukan lain,” katanya.

Penglibatan aktif aktiviti sosial dan rekreasi mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli kelab selain meningkatkan kemahiran diri, integriti dan keyakinan diri.

“Ini bukan hanya memfokuskan kepada kualiti kehidupan individu malah mampu memberi pemikiran kreatif dan inovatif untuk mencapai kejayaan masing-masing,” jelasnya.

Sehubungan itu, Yet berharap semangat dan nilai-nilai positif terus dikekalkan kalangan ahli Kelab RAPORT dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai kakitangan RPA.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1RSyPFb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.