Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cadangan dua ciri keselamatan tambahan pada bot ekspres: LSS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cadangan dua ciri keselamatan tambahan pada bot ekspres: LSS

LENGANG: Dermaga bot ekspres Sibu dijangka sesak mulai minggu ini sempena sambutan perayaan ‘Ching Ming.’

LENGANG: Dermaga bot ekspres Sibu dijangka sesak mulai minggu ini sempena sambutan perayaan ‘Ching Ming.’

SIBU: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) mencadangkan dua ciri-ciri keselamatan tambahan iaitu membina pintu gelongsor dan pintu bahagian bumbung bot ekspres bagi meningkatkan keselamatan penumpang.

Kontroler LSS, William Jinep berkata cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Laut Sarawak (JLS).

“Kita mengadakan perbincangan dengan JLS dalam masa terdekat bagi menerangkan lebih lanjut mengenai cadangan itu.

“Fungsi pintu bot ekspres serta laluan kecemasan sedia ada perlu ditukar untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, William ketika mengulas cadangan pembinaan rel keselamatan di bahagian tepi bot ekspres berkata: “Ia tidak praktikal”.

Ini kerana rel tersebut mudah rosak hentakkan bot ekspres lain akibat gelombang semasa sedang berlabuh di dermaga.

“Justeru itu, kalau kita lihat sekarang rel tersebut dibina pada bahagian bumbung.

“Rel keselamatan dibina di bahagian bumbung amat bertepatan supaya penumpang boleh berpegang padanya semasa turun dari bot ekspres,” ujar beliau.

Menurut William, secara keseluruhan reka bentuk dan pembinaan bot ekspres bagaimanapun bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Jelasnya, JLS merupakan agensi kerajaan dilantik dan bertanggungjawab ke atas reka bentuk dan pembinaan bot ekspres.

Dalam pada itu, Penolong Pengawal LSS (Wilayah II) Christopher Chan berkata penumpang harus lebih bertanggungjawab ke atas keselamatan sendiri.

Beliau menggesa penumpang sentiasa mengutamakan keselamatan diri sama ada hendak masuk atau keluar dari bot ekspres.

“Keutamaan perlu diberikan kepada kanak-kanak atau warga emas dengan mengiring mereka semasa hendak turut atau memasuki bot ekspres,” katanya.

Chan turut memberitahu LSS akan menguatkuasakan langkah-langkah keselamatan lebih ketat menjelang sambutan festival ‘Ching Ming’ pada 4 April depan.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1RSyPEZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.