Hi! Welcome Back and Stay Tune! PNK Sri Muara patut dicontohi, dinobat persatuan terbaik negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PNK Sri Muara patut dicontohi, dinobat persatuan terbaik negara

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni menggesa nelayan di kawasan tersebut mencontohi kejayaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sri Muara.

Menurutnya, pencapaian cemerlang PNK Sri Muara sehingga diangkat sebagai antara terbaik di negara ketika ini bertitik tolak usaha gigih ahli persatuan dalam mengurus tadbir persatuan berkenaan.

“PNK Sri Muara membanggakan kita selepas diangkat antara persatuan nelayan terbaik di Malaysia ketika ini,” katanya.

Jelasnya, selain mencatat hasil tangkapan melebihi sejuta setahun, PNK Sri Muara juga memiliki aset seperti rumah kediaman, kilang pemprosesan hasil laut, kapal ‘river cruise’dan kakitangan seramai 40 orang.

Beliau berucap demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Dwitahunan PNK Sri Muara bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Muara Tebas, Demak Laut semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak Nik Rashid Nik Jusoh, Pe-ngerusi PNK Sri Muara Jam Hazmi dan 600 ahli persatuan berkenaan.

Berkata lanjut, Hazland berharap PNK Sri Muara dapat mengekal reputasi dan kecemerlangan meng-urus tadbir persatuan secara telus dan efisien demi ke-bajikan nelayan di kawasan berkenaan.

“Apa paling penting ialah mereka perlu ada perancangan jangka masa pendek dan panjang di samping berusaha merebut pelbagai peluang untuk memastikan PNK Sri Muara terus berdaya saing,” tambah beliau lagi.

Pada masa sama, Hazland menggesa nelayan di kawasan tersebut menerokai potensi laut dalam kerana ia mampu memberi pulangan yang lebih lumayan.

Sebagai langkah awal, beliau menyarankan generasi baharu nelayan menyertai kursus pensijilan di Pusat Latihan Tanjung Manis untuk melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan mengenai laut dalam.

“Menerokai laut dalam merupakan bidang yang jarang diceburi namun ia berpotensi tinggi,” jelas Hazland lagi.

Pada majlis sama, Hazland turut menyerahkan dana berjumlah RM10,000 kepada PNK Sri Muara.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1RSyPVF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.