Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN negeri tidak dapat elak isu GST: Jeniri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN negeri tidak dapat elak isu GST: Jeniri

KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tidak dapat mengelak impak daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata, GST bukan sahaja menjejas rakyat luar bandar tetapi keseluruhan rakyat di Sarawak.

“Rakyat termasuk Ketua Menteri kita tidak dapat lari daripada GST kerana kerajaan BN negeri sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

“Apa-apa yang dilaku oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat persekutuan, Ketua Menteri perlu bertanggungjawab untuk itu kerana beliau (Adenan) diwakili tujuh menteri penuh dari Sarawak.

“Apa yang mereka (tujuh menteri penuh) lakukan? Jika mereka tidak bersetuju dengan GST, rakyat perlu tahu, ketujuh-tujuhnya dapat melawannya,” katanya ketika ditemui pemberita kelmarin.

Terdahulu Jeniri juga ahli akademik hadir sebagai salah seorang panel bagi Forum Di Ambang Pilihan Raya bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Forum tersebut dipengerusi Ahli Majlis Tertinggi PBB, Dato Idris Buang selaku moderator dan dua lagi ahli panel Paul Murphy Ningkan, anak kepada bekas Ketua Menteri Pertama Sarawak dan Voon Lee Shan seorang peguam dan bekas pemimpin DAP negeri.

Terdahulu pada forum itu, Jeniri mempersoalkan mengapa kerajaan pusat tidak mengenakan GST pada kadar tiga peratus berbanding enam peratus.

“Adalah tidak praktikal untuk kerajaan memulakan pelaksanaan GST dengan enam peratus peratus. Mengapa tidak tiga peratus seperti Singapura?

“Kita harus menerima fakta bahawa ini adalah masalah besar terutama dalam kalangan penduduk luar bandar dan kerajaan BN negeri tidak boleh mencuci tangan lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11),” ujarnya.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1RSyPoF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.