Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komited bina rumah selesa, mampu milik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komited bina rumah selesa, mampu milik

KUCHING: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sentiasa komited dalam membina rumah pada kadar berpatutan serta mampu dimiliki setiap golongan pembeli.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali berkata pihaknya meletakkan aspek kepuasan dan keselesaan pembeli sebagai keutamaan meskipun rumah ditawar pada harga lebih murah.

Selain itu, katanya SPNB turut menitikberatkan faktor kualiti dalam pembinaan rumah sebelum ditawarkan kepada pembeli.

“Kami tetap komited untuk membina rumah yang lebih murah dan berpatutan dengan kualiti yang baik, selaras dengan usaha kerajaan untuk memperbanyak rumah mampu milik,” katanya.

Sejak ditubuh pada 1997, SPNB membina hampir 90,000 unit rumah di Malaysia, membabitkan 58,163 unit rumah mampu milik manakala lebih daripada 8,000 unit sedang dalam pembinaan.

Bercakap tentang perluasan projek di Sarawak pada 2004, SPNB menyiapkan pangsapuri kos sederhana pertama di Kota Samarahan yang dikenali Vista Ilmu pada 2010 dan rumah kos sederhana, Vista Perdana Fasa 1 di Miri, yang merekodkan penjualan sebanyak 963 unit selepas 18 bulan dilancarkan.

“Bagi Sarawak sahaja, kami telah membina lebih daripada 3,600 unit rumah mampu milik, dan 5,270 unit lagi akan dibina pada masa akan datang di Miri dan Kuching,” katanya.

Terbaharu, SPNB melancarkan pembangunan Vista Perdana Fasa 2 terletak di Bandar Baru Permyjaya, Miri menawarkan 789 unit hartanah melibatkan rumah teres satu tingkat, rumah berkembar satu tingkat dan banglo pada harga permulaan dari RM188,000.

Pelancaran jualan dibuka kepada orang ramai pada 2 April 2016 bermula 1 petang di tapak pembangunan terletak di Desa Bahagia, Bandar Baru Permyjaya, Miri.

Dalam perkembangan sama, Azizi mendedahkan SPNB akan melanjutkan pembangunan bercampur di Kuching yang dikenali sebagai Vista Wawasan.

Menurutnya, projek itu terletak di Jalan Sultan Tengah, Kuching yang menawarkan sejumlah 1,553 unit menggabungkan hartanah kediaman dan komersial.

“Kami juga amat teruja dengan perkembangan ini dan maklumat lanjut akan disediakan dalam masa terdekat,” kata Azizi.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/21YbVeI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.