Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tasik Biru: Nansian akan patuh apa jua keputusan Adenan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tasik Biru: Nansian akan patuh apa jua keputusan Adenan

KUCHING: Timbalan Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Datuk Peter Nansian Ngusie menghormati apa sahaja keputusan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem termasuk siapa calon Barisan Nasional (BN) di Tasik Biru.

Menurutnya jika beliau diberi peluang mewakili BN di kerusi itu, beliau akan patuh arahan tanpa meletak sebarang syarat dengan keputusan Pengerusi BN negeri berkenaan.

“Keputusan itu terpulang kepada Ketua Menteri dan saya patuh dengan keputusan beliau tanpa sebarang syarat jika diberi peluang untuk menjadi senarai bagi ‘Pasukan Adenan’ di kerusi berkenaan dan saya berterima kasih jika diberi peluang.

“Pada saya, ia demi kepentingan untuk mengukuh BN negeri ini. Selain itu dalam pasukan Adenan pastinya ia menumpukan kepada meneruskan khidmat kepada rakyat, itu penting.

“Ini bukan untuk kepentingan diri kita sebaliknya memikir mengenai khidmat kepada rakyat. Maka itu saya menyokong apa sahaja keputusan beliau (Adenan),” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Nansian juga Menteri Muda (Pembangunan Estet Perindustrian) berkata, beliau akan terus memberi sokongan penuh dan kesetiaan beliau kepada kepimpinan Adenan demi kesejahteraan rakyat.

Malah beliau yakin sokongan masyarakat peringkat akar umbi terhadapnya amat menggalakkan apabila dibukti dengan kehadiran mereka pada satu majlis anjuran TERAS di Bau baru-baru ini.

“Pada majlis itu saya menjangka hanya 7,000 orang hadir namun sebaliknya ia mencapai 10,000 orang datang walaupun ia hari bekerja. Saya percaya ia akan lebih ramai hadir jika ia pada hujung minggu.

“Ia dipamerkan sendiri oleh rakyat bagaimana sokongan mereka dan saya berterima kasih atas semua itu dan sesiapa sahaja yang memberi sokongan kepada saya,” kata Nansian.

Ditanya mengenai perkembangan perjumpaan Adenan bersama beliau dan Henry Harry Jinep, Nansian berkata, setakat ini masih belum ada jemputan mengenai perkara berkenaan.

“Setakat ini belum ada apa-apa jemputan dan jika ada saya akan hadir,” katanya sambil menambah beliau terbuka untuk berjumpa.

Nansian juga berkata beliau mengalu-alukan sokongan Henry yang sebelum ini terbuka menyatakan sokongan kepadanya jika dipilih mewakili BN di kerusi Tasik Biru pada pilihan raya negeri akan datang.

Sebelum ini pada Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Menteri di Kawasan Tasik Biru anjuran Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Baru baru-baru ini, Adenan berkata beliaakan berbincang dengan Nansian serta Henry untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai calon BN di kerusi berkenaan.

Nansian merupakan penyandang Tasik Biru selama empat penggal sejak 1996 dengan memenangi kerusi atas tiket SPDP sebelum keluar parti pada Januari 2012 dan menyertai Teras.

Sementara Henry yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan Putra Sentosa dicalonkan SPDP untuk bertanding di kerusi tradisi yang diperuntukkan kepada mereka itu.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1RSySAD

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.