Hi! Welcome Back and Stay Tune! 317 balak haram dirampas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

317 balak haram dirampas

KANOWIT: Sarawak Forestry Corporation (SFC) merampas 317 kayu balak pelbagai spesies dan saiz dalam satu operasi pembalakan di Nanga Pedai, di sini semalam.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan SFC semalam, semua kayu balak itu ditanda dengan pengenalan palsu.

Hasil pemeriksaan lanjut, operasi pembalakan haram itu dijalankan di kawasan pembalakan tertutup dan berlesen.

Bagaimanapun, lesen balak di premis itu didapati tamat tempoh.

Kejayaan itu merupakan hasil rondaan Pusat Pematuhan Sehenti (OSCC) yang ditubuhkan oleh SFC di Mapai yang sepatutnya mula beroperasi hanya pada 1 April 2016.

Tanpa diduga, kejayaan datang awal untuk OSCC Mapai apabila sepasukan pegawai penguat kuasa SFC terserempak operasi pembalakan di Nanga Pedai semalam ketika menjalankan latihan rondaan kelmarin.

Menurut kenyataan SFC, laporan polis dibuat di Balai Polis Kanowit dan kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk siasatan lanjut.

 



Mukah Pages promoted everyday daily news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1RSySAF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.