6 Warga Thai Ditahan Disyaki Terlibat Seludup Minyak
Spread the love
KEMAMAN – Enam lelaki warga Thailand ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak di perairan negara, semalam.
Pengarah Maritim Pangkalan Maritim Kemaman, Mohd Marmazi Md Noor berkata kesemua mereka ditahan pukul 8 pagi, kira-kira 75 batu nautika dari Tanjung Mat Amin, Kuala Kemaman.
“Kita percaya bot yang berlabuh itu sedang menunggu bot-bot lain bagi menjalankan urusan jual beli minyak di tengah laut.
“Ada kemungkinan bot tersebut baru sahaja melakukan aktiviti pemindahan minyak memandangkan tiada minyak yang dijumpai dalam tangki,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurutnya kesemua mereka yang berusia antara 26 dan 50 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Beliau berkata ketika dalam perjalanan pulang, pihaknya juga telah terserempak dengan dua bot kelas C nelayan tempatan yang dikendalikan 13 warga asing pada kedudukan 72.7 batu nautika, Tanjung Mat Amin, Kuala Kemaman.
Katanya, ketika dikesan tekong dan kru bot yang berusia antara 26 dan 37 itu sedang melakukan aktiviti menangkap ikan secara tunda ganding.
“Ketika menghampiri bot tersebut, mereka cuba meloloskan diri dengan memotong tali tunda, namun kami berjaya mengejar serta menahan kedua-dua bot terbabit,” katanya.
Mohd Marmazi berkata pihaknya turut merampas kira-kira lima tan ikan baja dan 15 tan pelbagai jenis ikan yang dianggarkan bernilai RM30,000.
Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, katanya. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment