Hi! Welcome Back and Stay Tune! LG G6 Dilancarkan Secara Rasmi – Kalis Air Dan Tiada Lagi Sokongan Modular - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LG G6 Dilancarkan Secara Rasmi – Kalis Air Dan Tiada Lagi Sokongan Modular

Selamat datang ke MWC dan hari ini dimulakan dengan pelancaran LG G6 secara rasmi. Seperti beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini, LG G6 dilengkapi skrin 5.7″ AMOLED QHD (nisbah 18:9), pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64  Gigabyte. Kerana bezel yang lebih kecil, skrin 5.7″ hanya memerlukan kerangka yang biasanya dilihat pada peranti 5.3″.

Skrin dengan nisbah 18:9 Fullvision ini menyokong paparan HDR10 dan Dolby Vision. Ia adalah peranti pertama di dunia yang menyokong paparan Dolby Vision. Peranti ini mengekalkan penggunaan kamera utama berkembar dengan resolusi 13+13 Megapixel. Satu lensa untuk rakaman gambar biasa manakala sebuah lagi dengan sistem zoom optikal 2X. Kamera hadapan pula dilengkapi kamera sebesar 5-Megapixel. Kedua-kuda kamera dilengkapi lensa sudut lebar. Bateri sebesar 3300 mah digunakan dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dan tidak lagi menyokong sistem aksesori modular seperti LG G5. Ia juga akhirnya mempunyai ketahanan kalis air serta debu IP68. Tiga pilihan warna diberikan iaitu perak, putih dan hitam.

Menarik sekali sistem pembantu maya Google Assistant yang selama ini eksklusif kepada peranti Google Pixel disertakan sekali. Harga dan tarikh jualan dimulakan belum diumumkan. Teruskan bersama Amanz untuk pandang pertama peranti utama dari LG ini secara langsung dari Barcelona.

Artikel sedang dikemaskini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lXQhNM



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.