Hi! Welcome Back and Stay Tune! Belia India Digesa Kemuka Input Mengenai TN50 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Belia India Digesa Kemuka Input Mengenai TN50

Spread the love

KLANG – Belia India digesa supaya mengemukakan input dan aspirasi mereka berhubung inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh berkata parti itu telah mula mendekati belia India untuk mengetahui aspirsi mereka tentang inisiatif berkenaan, dengan sesi dialog pertama anjuran Yayasan Jaaya 1Malaysia berlangsung Jumaat lepas.

“Secara umunya, kami sedar bahawa setiap belia India mempunyai aspirasi dan ingin menyatakan sesuatu tentang Malaysia yang ingin mereka lihat 30 tahun akan datang. Suara belia ini perlu didengar dan kerajaan patut memberi perhatian terhadap pandangan mereka serta berusaha untuk merealisasikan aspirasi mereka,” katanya kepada Bernama.

TN50, yang dilancarkan pada 19 Jan, merupakan hasrat Najib dalam memeta arah tuju negara ini untuk tiga dekad akan datang selepas 2020.

Mengulas tentang maklum balas yang diterima daripada belia mengenai TN50, beliau berkata kumpulan berpendidikan Pertengahan 40 (M40) lebih memberi penekanan mengenai kerajaan yang bebas daripada rasuah, manakala isi rumah Bawah 40 (B40) pula menekankan tentang keperluan mempunyai infrastruktur dan memelihara hak asasi manusia.

Sementara itu, ketua belia kebangsaan Yayasan Jaaya 1Malaysia, Partiben Madurai Veeran, berkata satu-satunya objektif yayasan itu ialah untuk membantu belia daripada semua latar belakang kehidupan dari segi yuran pendidikan tinggi bagi kumpulan yang wajar menerimanya, di samping meningkatkan kemahiran kebolehpasaran serta status sosioekonomi mereka.

Menurutnya, yayasan itu telah “menjadikan anak angkat” 13 pelajar bagi melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Asian Institute of Medicine, Science and Asia Technology (AIMST University).

Partiben berkata yayasan itu menyasarkan sekurang-kurangnya 4,000 belia terdiri daripada lepasan SPM dan STPM menjadi anggotanya, dengan yuran keanggotaan RM13 setahun.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Partiben di talian 014-664 3702. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mydoet

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.