Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semangat juang tinggi FELDA United ikat Bos Gaurus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semangat juang tinggi FELDA United ikat Bos Gaurus

PEMAIN Felda United, Zah Rahan Krangar (kiri) diasak pemain Perak, Amirul Azhan (kanan) pada saingan Liga Super 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. – Foto Farizul Hafiz Awang

MARAN: Keupayaan FELDA United mengikat Perak 2-2 selepas ketinggalan dua gol di laman sendiri malam tadi membuktikan pemainnya memiliki semangat juang yang tinggi.

Ketua Jurulatihnya, B Satianathan berkata, keputusan seri itu begitu melegakannya kerana mereka berjaya mengelakkan kekalahan di gelanggang sendiri dan seterusnya memperoleh satu mata.

“Kita terpaksa berhadapan dengan Perak yang mempunyai tahap keyakinan tinggi selepas mereka menumbangkan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Pemain kita pula agak keletihan selepas beraksi dalam Piala AFC, namun permainan malam ini (malam tadi) melihatkan mereka ada semangat melawan yang tinggi.

“Selepas ketinggalan dua gol, kita berjaya mengejar kembali dan sudah semestinya satu mata adalah lebih baik berbanding kosong,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat.

Satianathan berkata, beliau berharap pemain simpanan skuad The Fighters itu berkemampuan untuk diturunkan pada perlawanan akan datang bagi merehatkan kesebelasan utama mereka.

“Kita terpaksa bermain dalam jadual yang padat pada bulan Februari dan Mac ini kerana bersaing dalam Liga Super dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Jadi khidmat pemain simpanan kita amat diperlukan untuk mengambil tempat pemain senior dalam usaha kita mengharungi perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pengendali Perak, Mehmet Durakovic berkata, skuad bimbingannya sudah tampil dengan corak permainan yang baik, tetapi hilang tumpuan pada babak kedua memaksa mereka berpuas hati dengan keputusan seri.

“Pemain sudah pamerkan aksi yang bagus, terutama dalam tempoh 15 hingga 30 minit pertama perlawanan. Namun, mereka seperti hilang tumpuan pada separuh masa kedua yang menyaksikan kita gagal untuk terus menguasai permainan.

“Gol pantas FELDA United malam tadi juga jelas akibat kelalaian pemain dan ini perlu diperbaiki segera,” katanya.

Mehmet berkata, beliau optimis masalah itu boleh diatasi pada aksi seterusnya dan skuadnya kini dalam proses membentuk satu pasukan yang mantap.

“Kita akan memulihkan kembali prestasi dalam kalangan pemain dan saya percaya Perak boleh pergi lebih jauh.

“Ini kerana saya mendapati Perak mempunyai gabungan pemain junior dan senior yang hebat untuk mengharungi musim ini yang masih panjang,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2miVG2j

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.