Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM Tahan Individu Ikut Maklumat – MB Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM Tahan Individu Ikut Maklumat – MB Johor

PASIR GUDANG: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu kerana dipercayai terlibat dalam rasuah serta penyelewengan hartanah dibuat berasaskan maklumat dan aduan yang diterimanya.

“SPRM membuat apa pun mesti berasaskan aduan dan sebagainya. Saya tidak fikir dia (SPRM) suka-suka (tahan) seperti apabila dia baru bangun tidur, terus hendak tembak atau pergi mencari orang (suspek),” kata beliau apabila diminta mengulas mengenai penahanan terbabit.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2017 di Dewan Taman Cendana di sini hari ini.

Mohamed Khaled juga belum dapat memastikan sama ada kerajaan negeri akan turut melakukan siasatan dalaman.

“Kita tunggulah SPRM dahulu, ia kurang matang untuk saya nyatakan awal mengenai apa-apa,” katanya.

Dua hari lepas, enam individu berusia antara 25 dan 50 tahun diberkas SPRM di beberapa lokasi di Johor Bahru, yang terdiri daripada anak dan pegawai khas seorang pegawai kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang awam.

SPRM semalam berkata kesemua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di Johor.

Selain tangkapan, turut dirampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen.

Sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek melibatkan jumlah kira-kira RM15.5 juta turut dibekukan.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lIiI1p

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.