Hi! Welcome Back and Stay Tune! Himpunan Basikal: 3 Lelaki Ditahan Hasut Orang Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Himpunan Basikal: 3 Lelaki Ditahan Hasut Orang Ramai

Spread the love

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki warga emas kerana membuat kenyataan jelik dan fitnah berhubung kemalangan remaja berbasikal baru-baru ini serta menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mereka ditahan secara berasingan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur dengan dua daripada mereka ditangkap malam tadi manakala seorang lagi awal pagi ini.

“Lelaki pertama berumur 65 tahun dipercayai individu bertanggungjawab membuat kenyataan jelik dan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan polis pada pukul 8 pagi semalam.

“Dia ditahan pukul 10 malam tadi di Ipoh, Perak selepas polis menerima satu laporan berkaitan penyalahgunaan laman sosial berkenaan pada pukul 8.28 pagi semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil tangkapan itu, polis merampas dua kad sim dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk membuat kenyataan jelik dan hasutan berkenaan menerusi Facebook.

Beliau berkata menerusi penahanan kedua dan ketiga pula, polis menahan lelaki berumur 61 dan 64 tahun, masing-masing di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor serta Villa Taman Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin, kedua-dua mereka dipercayai membuat kenyataan jelik dan fitnah terhadap kes kemalangan maut yang melibatkan lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini pada 18 Feb lepas.

Katanya penahanan itu dibuat pada pukul 11 malam tadi dan 2 pagi tadi susulan laporan polis yang dibuat pada pukul 1.02 tengah hari semalam, berkaitan kenyataan tersebut di Facebook.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit berserta dua kad sim bagi siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Ketiga-tiga lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Polis Johor ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

“Orang ramai juga dinasihati tidak menyebarkan apa-apa kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam melalui mana-mana aplikasi komputer,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lXHBah

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.