Polis Selamatkan 18 Mangsa Buruh Paksa Ladang Sawit Di Perak
PENGKALAN HULU: Sejumlah 18 individu termasuk lima kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa buruh paksa di ladang kelapa sawit di Kampung Tasek, di sini, berjaya diselamatkan dalam satu operasi awal pagi Ahad.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, sekitar jam 1 pagi ini.
Polis turut menahan sepasang suami isteri yang bertugas sebagai pengurus ladang berkenaan, masing-masing berusia 44 dan 24, yang dipercayai menjadi dalang sindiket pemerdagangan manusia.
Difahamkan 11 mangsa termasuk enam wanita yang diselamatkan berusia di antara 27 dan 64 tahun, manakala lima mangsa kanak-kanak pula berusia di antara dua dan tujuh tahun.
Kesemua mereka yang juga warga tempatan ditempatkan sementara di rumah perlindungan di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya kini mendapatkan perintah reman terhadap pasangan suami isteri berkenaan.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menawarkan gaji RM900 kepada mangsa namun hanya membayar RM100, manakala mangsa kanak-kanak pula dipaksa bekerja di ladang tanpa diberi upah.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 13 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, pada petang Ahad.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lIP0ZV✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment