Video: Mat Saleh Cakap Melayu Makan Nasi Lemak
Spread the love
KEBIASAANNYA, ‘Mat Saleh’ atau warga asing dari Barat lazimnya menggunakan sudu atau garpu ketika menjamah makanan mereka.
Ini kerana mereka tidak dibesarkan dengan budaya makan pakai tangan seperti orang Melayu kita. Jadi mereka mungkin berasa sedikit janggal untuk makan dengan menggunakan tangan sendiri.
Tetapi tidak bagi seorang pemuda Inggeris ini, Rhys Williams, yang bukan sahaja petah berbahasa Melayu, malah begitu selesa menjamah nasi berlauk dengan menggunakan tangan.
Menerusi perkongsian rakaman vlognya yang berjudul ‘Mat Salleh Makan Nasi Lemak’, Rhys dilihat begitu selamba menjamah sepinggan nasi lemak walaupun mengaku sedikit kekok.
Video tersebut yang dimuat naik menerusi laman Facebook Destinasi TV sejak 13 Februari lalu, sehingga kini menerima lebih daripada 18,000 perkongsian.
Lebih menarik lagi, lelaki Britain ini juga fasih berbahasa Melayu dan tidak kedengaran pelat ‘orang putih’ yang ketara langsung ketika bercakap.
Terliur pulak rasanya apabila melihat sendiri riak wajah Rhys yang begitu berselera menjamah Nasi Lemak Wanjo yang terletak di Kampung Baru ini.
Dalam satu temubual bersama NST, Rhys berkata walaupun boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik, dia masih tetapi mempelajarinya melalui majalah dan menonton televisyen.
“Orang ramai pernah menulis kepada saya dan bertanya mengapa saya mempelajari bahasa ini, di mana mereka menggelarnya sebagai ‘tidak berguna’.
“Secara jujur, saya terkilan dengan pendapat itu. Tiada bahasa di dunia ini yang tidak berguna,” katanya – MYNEWSHUB.CC
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment