Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilihan FAM: FAS kekal terus sokong TMJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilihan FAM: FAS kekal terus sokong TMJ

PRESIDEN FAS, Datuk Seri Subahan Kamal (kiri) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kekal dengan pendirian menyokong Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada pemilihan badan induk itu bulan depan.

Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata pihaknya yakin dengan kemampuan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu kerana memiliki kredibiliti dan idea yang mampu membawa perubahan dalam FAM.

“FAS memang menyokong TMJ sebagai presiden. Kedua-dua calon (Tan Sri Annuar Musa – seorang lagi calon) sebenarnya baik dan ada kehebatan masing-masing, kita tidak boleh perkecilkan.

“Namun, Selangor tetap bersama TMJ kerana beliau masih muda, berani dan ada idea. Namun, ini terpulang kepada perwakilan masing-masing kerana apa yang saya katakan ini adalah pandangan Selangor.

“Kita perlu hormati keputusan perwakilan dan biar mereka buat keputusan yang terbaik untuk memilih siapa yang layak memimpin mereka,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di sini, hari ini.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bersaing dengan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Annuar merebut jawatan Presiden FAM pada kongres persatuan itu di Hotel Hilton Petaling Jaya, 25 Mac ini.

Subahan berkata, kedua-dua calon berkenaan adalah tokoh bola sepak negara berdasarkan pencapaian yang dilakar mereka bersama pasukan masing-masing.

“Tan Sri Annuar sudah buktikan yang beliau ada kredibiliti dengan apa yang dilakukannya bersama Kelantan manakala TMJ pula dalam sekelip mata berjaya mengubah landskap bola sepak Johor.

“Jadi, terpulang kepada perwakilan untuk memilih yang terbaik. Macam Selangor kita suarakan sokongan kepada TMJ bukan disebabkan ada agenda peribadi sebaliknya kita mahu perubahan drastik dalam FAM,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrMSnF

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.