Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kepenatan punca MU kecundang di tangan Pahang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kepenatan punca MU kecundang di tangan Pahang

PEMAIN Pahang Ashari Samsudin (jersi kuning) menanduk bola ketika menentang Melaka United pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat malam ini. – Foto BERNAMA

MELAKA: Jurulatih Melaka United (MU), Eric Williams mengakui Pahang pasukan berkualiti dengan barisan pemain yang baik sehingga mengecewakan skuad Hang Tuah 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Menurutnya, harapannya amat tinggi untuk menyaksikan skuadnya mampu memberi kejutan ke atas pelawat namun faktor kepenatan akibat jadual yang padat menyebabkan gerakan anak buahnya gagal berfungsi dengan baik.

Katanya, corak permainan pasukannya tidak seperti biasa dengan pemain terpaksa melakukan usaha yang agresif mengatasi kepenatan selepas aksi di Kuching bertemu Sarawak Sabtu lalu dan Kota Bahru berdepan Kelantan pada Selasa.

“Hanya berselang tiga hari termasuk tempoh perjalanan kami terpaksa berdepan Pahang. Saya akui kecewa dengan kekalahan ini tambahan pemain dilihat tidak sempat cergas akibat susunan jadual yang tidak memuaskan.

“Selepas ini kami akan beraksi bertemu Pulau Pinang, Rabu ini dan Kedah pada Sabtu dengan kedua dua perlawanan di gelanggang lawan.

Kepenatan pemain melalui perjalanan dalam tempoh singkat turut menjadi faktor kecergasan yang tidak maksimum untuk bersaing,” katanya.

Menurutnya, pemainnya bagaimanapun sudah berusaha gigih untuk memberi tentangan dengan kebangkitan lewat selepas kemasukan Sergio Aguero penghujung babak kedua menampakkan perubahan drastik serangan ke kubu lawan namun hanya satu gol berjaya dihasilkan menerusi Ahmad Khuzaimi Piee sebagai jaringan sagu hati tuan rumah.

Skuad Hijau Putih juga gagal menurunkan kapten pasukan IIija Spasojevic akibat kecederaan sementara Aguero turut diturunkan walaupun tidak cergas sepenuhnya.

Kemenangan skuad bimbingan jurulatih Dolah Saleh terbabit dijaringkan menerusi sentuhan menarik Joseph Kalang Tie, Mohamadou Sumareh dan Matheus Alves.

Dengan kekalahan terbabit MU kini berada di tangga kelapan carta liga selepas mengutip dua kemenangan dan seri sekali mengumpul tujuh mata daripada enam perlawanan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lICLLr

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.