Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU14: Wakil rakyat BN Perak beri laluan kepada calon muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU14: Wakil rakyat BN Perak beri laluan kepada calon muda

IPOH: Beberapa ahli wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) di Perak telah memberi indikasi awal untuk menarik diri daripada mempertahankan kerusi mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan wakil-wakil rakyat itu bertujuan untuk memberi peluang kepada muka-muka baharu khususnya golongan muda daripada BN untuk menerajui negeri itu sebagai wakil rakyat.

“Ada yang telahpun menyuarakan kepada saya (hasrat untuk tidak bertanding pada PRU depan), inilah tradisi UMNO, BN kita tidak bergaduh.

“Sesetengah daripada mereka itu memberitahu berbuat demikian untuk memberi jalan dan peluang kepada generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Himpunan Pemimpin Muda Negeri Perak dan Pemuda UMNO Perak di Ipoh pada Ahad.

Beliau turut memberitahu, BN Perak akan melaksanakan proses peremajaan parti pada PRU14 dengan menampilkan calon-calon berkaliber daripada golongan muda termasuk wanita.

“Kita amat positif menghadapi PRU depan dan segala persiapan telah pun kita mulakan lebih awal.

“BN perlu yakin secara keseluruhannya kerana kita tidak boleh melangkah ke dalam medan perang tanpa rasa yakin dengan parti sendiri,” ujar beliau.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lIGrg9

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.