Hi! Welcome Back and Stay Tune! THT juara Piala TNB selepas ketepi KLHC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

THT juara Piala TNB selepas ketepi KLHC

PASUKAN THT muncul juara hoki Piala TNB selepas menewaskan KLHC 5-4 menerusi penentuan pukulan penalti di Stadium Hoki Tun Razak. – Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Terengganu (THT) memenangi Piala TNB buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 menerusi penalti penentuan pada aksi final, di sini, yang berakhir sebentar tadi.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi cara berkenaan selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 sehingga tamat masa sebenar perlawanan.

THT sebelum ini turut menjuarai Piala TNB bermula pada tahun 2014, 2015 dan 2016. 

Kejayaan itu sekali gus mengubati kekecewaan pasukan berkenaan selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana yang dimenangi sejak 2014. Hanya kali ini anak buah Sarjit Singh gagal meraih gelaran berganda.

KLHC pula gagal dalam misi meraih gelaran treble musim ini selepas menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Perdana.

Pada aksi final di Stadium Tun Razak itu, KLHC membuka tirai jaringan menerusi pemain import, Anton Poul Fritz Ebeling pada minit kesembilan.

Bagaimanapun, THT menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyunenang, menyudahkan pukulan sudut.

PEMAIN THT meraikan kemenangan selepas muncul juara hoki Piala TNB menewaskan KLHC 5-4 menerusi penentuan pukulan penalti di Stadium Hoki Tun Razak. – Foto Luqman Hakim Zubir

PEMAIN KLHC, Mohamad Sukri Abdul Mutalib (kiri) diasak pemain THT, Nicolas Enrique Della Torre (kanan) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2017 di Stadium Hoki Tun Razak. – Foto Luqman Hakim Zubir

Kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat suku pertama perlawanan.

Bersambung suku kedua, KLHC terus garang melancarkan serangan dan kembali di depan selepas Muhammad Razie Abdul Rahim tenang menyempurnakannya untuk meletakkan pasukan itu kembali di depan minit ke-19.

Ebeling membuktikan ketajaman penyudah apabila meledak gol kedua peribadi menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-25.

Ketinggalan dua gol, THT memperkemaskan corak serangan di suku ketiga perlawanan dan berjaya merapatkan jurang menerusi gol daripada sudut penalti yang disempurnakan Jang Jonghyun minit ke-35 sebelum dia melengkapkan hatrik bagi menyamakan kedudukan juga menerusi pukulan sudut penalti minit ke-49.

Mohd Syamim Mohd Yusof menjaringkan gol keempat KLHC menerusi penalti stroke minit ke-53 sebelum THT bangkit sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Nicolas Enrique Della Torre minit ke-59 untuk sekali gus keputusan terikat 4-4 sehingga tamat masa sebenar.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mz8iyC

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.