Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Tangguh Pelaksanaan PLKS, Guna Pakai Sistem Lama – TPM Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Tangguh Pelaksanaan PLKS, Guna Pakai Sistem Lama – TPM Zahid

BAGAN DATUK: Pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji pekerja asing ditangguhkan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.

Penangguhan sistem PLKS itu dibuat atas keprihatinan kerajaan setelah mempertimbangkan rayuan pelbagai pihak termasuk pengusaha nelayan laut dalam yang berdepan masalah mendapatkan pekerja, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berjumlah lebih RM300,000 kepada 1,261 nelayan kawasan Hilir Perak di Dewan Serbaguna Hutan Melintang di sini petang ini.

Dalam majlis itu, Datuk Seri Ahmad Zahid turut menyampaikan replika cek bantuan kerajaan persekutuan bernilai RM11.3 juta kepada Persatuan Nelayan Bagan Datuk

Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid, pihaknya menyedari masalah yang dihadapi para nelayan pada masa kini termasuk tangkapan yang semakin berkurangan termasuk penguatkuasaan undang-undang di laut oleh pihak berwajib.

“Penangguhan ini dilakukan rentetan daripada memorandum yang dihantar oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) yang meminta (pelaksanaan) permit pekerja asing baharu ditangguhkan dan sistem lama diguna pakai.

Pelaksanaan PLKS sepatutnya dikuatkuasakan 1 Mac ini bagi awak-awak asing dengan mereka akan dikenakan bayaran RM1,505 tidak termasuk levi, insurans dan perubatan.

Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid, pihaknya telah bertemu dengan Menteri serta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Pengarah Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) bagi membincangkan penangguhan berkenaan.

Datuk Seri Ahmad Zahid juga berharap dengan penangguhan yang dibuat dan pelbagai insentif diberikan kepada nelayan, diharapkan masalah kenaikan harga ikan dapat ditangani demi kepentingan rakyat.

“Nelayan telah dapat subsidi minyak, bantuan sara hidup, insentif tangkapan ikan tetapi harga ikan kembung RM20 sekilogram. Ertinya harga ikan mahal,” katanya.

Oleh itu, katanya, para nelayan di seluruh negara perlu bekerjasama supaya harga ikan dapat diturunkan untuk membantu pengguna keseluruhan supaya mereka dapat nilai tambah (dari segi keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem PLKS) selain memperoleh protein daripada pengambilan ikan. — BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kZNXWM

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.