Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sudah lama bercerai, bapa pada dua anak ini masih sediakan kek hari jadi untuk bekas isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sudah lama bercerai, bapa pada dua anak ini masih sediakan kek hari jadi untuk bekas isteri

Kisah seorang lelaki yang masih menyediakan kek hari jadi untuk bekas isterinya meskipun sudah bertahun-tahun tidak lagi hidup bersama telah menjadi tular di laman media sosial baru-baru ini.

Setelah ditanya berkali-kali oleh rakan-rakan mengenai tindakannya yang dilihat sia-sia kerana dia sudah tidak lagi bersama dengan bekas isterinya, beliau akhirnya membuka mulut memberi penjelasan mengapa beliau masih menghantar kek dan bunga pada setiap hari jadi bekas isterinya itu. Baca kisah lelaki ini di bawah.

Hari ini adalah hari jadi bekas isteri saya dan seperti biasa, hari ini saya bangun awal dan membawa bunga, kad dan hadiah bagi anak-anak untuk diberikan kepada bekas isteri

Seperti biasa, ramai yang bertanya kepada saya mengapa saya masih melakukan perkara-perkara untuk bekas isteri walaupun sudah lama bercerai dan pertanyaan ini menyakitkan hati saya. Jadi hari ini saya akan menjawab semua pertanyaan anda semua. 

Saya membesarkan dua orang budak kecil. Sebagai seorang ayah, saya harus memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada anak-anak saya tentang cara-cara untuk menghormati seorang wanita dan membentuk persepsi yang baik terhadap sesuatu perhubungan itu.

Lebih-lebih lagi dalam kes saya kerana kita bercerai. Jadi, jika anda bukan menujukkan tingkah laku hubungan yang baik di hadapan anak-anak anda, bagaimanakah harus mereka belajar untuk masa hadapan?

Berubah dan jadilah contoh kepada anak-anak anda. 

Besarkan anak lelaki yang baik. Besarkan anak perempuan yang kuat. Dunia memerlukan mereka, kini lebih daripada sebelum ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lJ1wqP

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.