Hi! Welcome Back and Stay Tune! Olahraga: Adi raih emas tewaskan Muhammad Ziyad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Olahraga: Adi raih emas tewaskan Muhammad Ziyad

ADI meraih pingat emas dalam acara lontar peluru pada Kejohanan Olahraga Perak All Comers di Stadium Perak, hari ini. – Foto BERNAMA

IPOH: Atlet negara, Adi Alifuddin Hussin menepati ramalan apabila meraih pingat emas acara lontar peluru pada Kejohanan Olahraga Perak All Comers di Stadium Perak, di sini, hari ini.

Atlet kelahiran Marang, Terengganu berusia 29 tahun itu, membuat lontaran sejauh 16 meter pada percubaan kelima menewaskan atlet paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli yang mencatatkan 15.74m dan atlet Selangor Faris Hazim Jamaluddin (14.04m), yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Adi Alifuddin berkata walaupun berjaya menewaskan enam peserta lain pada peringkat akhir, beliau tidak berpuas hati dengan catatannya itu.

“Kejohanan ini adalah aksi pertama saya untuk tahun ini. Banyak kelemahan perlu saya perbaiki terutama dari segi teknik lontaran,” katanya ketika ditemui Bernama.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 17.53m yang dilakukan pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia itu, berkata beliau akan meningkatkan latihan untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung di Pahang, bulan depan.

Adi Alifuddin sebelum ini, meraih pingat gangsa acara lontar peluru dengan catatan 16.33 meter pada Sukan Universiti ASEAN tahun lepas, dan pemenang pingat perak Sukan SEA tiga kali berturut-turut sejak 2009.

Sementara itu, Muhammad Ziyad berkata perasaan gementar punca beliau hilang fokus dan tidak dapat melakukan aksi terbaik, sekali gus gagal meraih pingat emas pada kejohanan itu.

“Saya akan berlatih bersungguh-sungguh dan memperbaiki kelemahan saya untuk kejohanan akan datang,” katanya.

Muhammad Ziyad mencipta rekod baharu dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan melakukan lontaran sejauh 16.84 meter pada Sukan Paralimpik Rio 2016.

Kejohanan Olahraga Perak All Comers selama dua hari berakhir hari ini, dianjurkan bersama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Persatuan Olahraga Perak serta Majlis Sukan Negeri Perak, dan disertai lebih 800 atlet.

BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lngvFT

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.