Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hasrat TMJ jadi pemain, bukti cinta bola sepak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hasrat TMJ jadi pemain, bukti cinta bola sepak

TUNKU Ismail bakal didaftarkan selepas jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini. – Foto fail NSTP/Mohd Azren Jamaludin

KUALA LUMPUR: Hasrat Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bergelar pemain untuk kelab miliknya, Johor Darul Ta’zim (JDT), jelas membuktikan beliau cintakan bola sepak dan mahu terus menjadi sebahagian daripada sukan terbabit.

Demikian pendapat Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar ketika mengulas mengenai hasrat Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Katanya, keinginan calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunjukkan baginda bukan saja mahu menjadi ‘bos’ malah ingin turut sama berada di atas padang bagi merasai perjuangan memburu kemenangan sebagai seorang pemain.

“TMJ ingin menunjukkan betapa sesiapa saja yang mahu menjadi pemilik, presiden atau pengerusi sesebuah kelab dan pasukan bola sepak, mereka juga mesti tahu pasal sukan berkenaan.

“Mungkin ada simbolik yang mahu disampaikan TMJ tetapi saya anggap langkah JDT untuk menamakan beliau sebagai pemain pada bulan Mei itu pasti membuatkan penyokong ternanti-nanti kemunculannya.

“Apa yang penting, TMJ jangan lupa daftarkan namanya sebagai ahli PFAM selepas ini,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

BH Online sebelum ini melaporkan Tunku Ismail bakal menjadi pemain baharu yang disunting penyandang juara Liga Super itu bagi mengharungi baki saingan Liga M musim ini.

Menerusi satu kenyataan di akaun rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers, Tunku Ismail bakal didaftarkan selepas jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini.

Dalam masa sama, Hairuddin turut beranggapan langkah pembaharuan yang diambil pasukan Harimau Selatan itu dapat membantu merancakkan lagi kehangatan liga bola sepak di negara ini.

“Penyokong bola sepak tempatan khususnya penyokong JDT sendiri pastinya begitu menanti-nantikan kelibat Tunku Ismail untuk beraksi di atas padang.

“Ia seperti strategi pemasaran yang bijak dilakukan kelab itu dan ia harus dicontohi pasukan lain di negara kita ini,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lJofmI

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.