Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Siapa Pecahkan Cermin Sisi Saya. Keluar Dari Sini' – Kaunselor Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Siapa Pecahkan Cermin Sisi Saya. Keluar Dari Sini' – Kaunselor Korea Utara

KUALA LUMPUR: Kaunselor di Kedutaan Korea Utara di sini, Kim Yu Song mengherdik pengamal media yang menyerbu kereta Mercedes Benz berwarna biru gelap yang dipandunya sehingga cermin sisi kereta itu tertanggal.

Beliau ketika itu sedang mengundurkan kenderaannya dari kawasan kedutaan kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Yu-song lalu keluar daripada keretanya bagi membetulkan cermin itu di sebelah bahagian pemandu serta meninggikan suaranya kepada pihak media.

“Siapa pecahkan cermin sisi saya. Keluar dari sini,” jeritnya dalam bahasa Inggeris.

Para pengamal media berhimpun di kawasan kedutaan bagi mendapat maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini pada 6 Feb dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Mayatnya kemudian dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. — BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lXyJ4m

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.