Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan undang-undang kesalahan merokok di taman awam bermula 1 Jun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan undang-undang kesalahan merokok di taman awam bermula 1 Jun

KUALA LUMPUR: Perhatian para perokok sekalian!

Anda diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk membiasakan diri tidak merokok di taman-taman awam dan tempat-tempat rekreasi.

Ini kerana bermula 1 Jun 2017, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya didapati melanggar larangan tersebut selaras pewartaannya sebagai kawasan larangan merokok di bawah peraturan 11(w) dan 11(x) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan Peraturan 2017).

Kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, sehingga tarikh itu penguatkuasaan pendidikan akan dijalankan untuk menyedarkan serta mengingatkan pengunjung taman awam kepada peraturan tersebut.

“Kita beri tempoh masa untuk orang awam membiasakan dengan peraturan yang baru ini.

“Dalam tempoh tersebut kita akan mendidik orang awam dengan memberi risalah, dan kalau kita jumpa orang merokok dalam kawasan taman awam, mereka tidak akan dikompaun tetapi akan diberi notis bertulis nasihat untuk tidak ulang kesalahan tersebut,” katanya.

Beliau hadir untuk bersama 68 pegawai penguatkuasa kesihatan persekitaran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjalankan penguatkuasaan pendidikan di taman awam sebagai tempat larangan merokok di Taman Botani Perdana di sini hari ini.

Maklum beliau, setakat 15 November, 47 notis peringatan telah dikeluarkan sepanjang penguatkuasaan di 348 lokasi.

Dianggarkan terdapat kira-kira 1,280 taman awam di seluruh negara dan penguatkuasaannya akan diperluas secara berperingkat dari masa ke masa.

Kata Dr Lokman, selepas tarikh tersebut kompaun sehingga RM5,000 boleh dikenakan dan penalti RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika disabit bersalah.

“Taman-taman rekreasi ini dihadiri oleh semua peringkat umur, orang dewasa dan kanak-kanak. Jadi kita tidak mahu kanak-kanak didedahkan kepada budaya yang tidak elok ini dan juga terdedah kepada asap rokok yang membahayakan,” tegasnya.

Taman awam termasuk taman-taman negara diwartakan sebagai kawasan larangan merokok pada 1 Februari lepas, menyusuli larangan yang ditetapkan di tempat-tempat awam seperti bangunan pejabat kerajaan dan pusat beli-belah serta tempat-tempat berhawa dingin.

Pada masa sama, Dr Lokman turut mengharap kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya mendapati ada individu tidak bertanggungjawab melanggar peraturan yang telah ditetapkan itu.

“Kita ada lebih daripada 4,000 pegawai penguatkuasa di seluruh negara dan mereka setiap hari membuat rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan terlibat.

“Memandangkan kebanyakan taman awam tidak ada pengawal keselamatan seperti di bangunan pejabat kerajaan dan pusat beli-belah, kita harapkan makluman orang ramai membantu dalam penguatkuasaan undang-undang ini,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kYN5BS

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.