Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tsonga akhiri impian Kyrgios - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tsonga akhiri impian Kyrgios

JO-WILFRIED Tsonga. – Foto AFP

MARSEILLE: Jo-Wilfried Tsonga menempah pertembungan final ATP Terbuka Marseille dengan rakan senegaranya Lucas Pouille selepas bertungkus-lumus menewaskan bintang Australia Nick Kyrgios 7-6 (7/5), 2-6, 6-4, awal pagi tadi.

Kemenangan pada aksi final awal pagi esok bermakna pemain Perancis itu bakal meraih gelaran kedua ATP berturut-turut dan kembali berada pada prestasi terbaiknya.

Minggu lalu, Tsonga memenangi gelaran ATP Rotterdam, yang mana dia bangkit daripada ketinggalan untuk mengetepikan David Goffin.

“Saya kini berada pada prestasi terbaik, jadi kita tunggu dan lihat,” kata Tsonga. “Saya sudah melakukan apa yang diperlukan, ia adalah tenis yang hebat.”

Kegagalan mengekalkan pukulan servis yang baik ketika mendahului 5-4 menyaksikan Kyrgios tewas set pertama 7-5 menerusi tie break kepada pemain tuan rumah itu.

Bintang panas baran Australia itu yang juga juara bertahan Terbuka Marseille bangkit mencatat kemenangan 6-2 pada set kedua, tetapi Tsonga yang mendapat sokongan padu peminat tempatan menang 6-4 di set terakhir.

“Saya mahu menunjukkan kepadanya yang saya sentiasa mampu membalas setiap pukulannya,” kata Tsonga, yang kini akan memanjat ke tangga kelapan ranking ATP dunia.

Sementara itu, Pouille mengatasi rakan senegaranya dari Perancis Richard Gasquet 7-5, 6-3 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.

Pouille dan Tsonga hanya sekali pernah bertemu antara satu sama lain setakat ini, dengan aksi di atas permukaan tanah liat di Monaco pada musim lalu itu dimenangi Tsonga. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lIgj57

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.