Hi! Welcome Back and Stay Tune! LTdL: Gibbons raih gelaran berganda Peringkat 5 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LTdL: Gibbons raih gelaran berganda Peringkat 5

KUALA KUBU BHARU: Ryan Gibbons terus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan apabila mengungguli saingan Peringkat 5 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 dari Meru Raya, Perak ke Kuala Kubu Bharu, sebentar tadi.

Dalam saingan sejauh 151.5 itu, dia yang turut menyarung Jersi Kuning mencatat masa 3 jam 27 minit 20 saat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Team Wilier Triestina, Jakub Mareczko manakala ketiga dimenangi oleh Travis McCabe dari UnitedHealthCare Pro Cycling dengan semuanya mencatat masa sama.

Ini adalah kemenangan pertama pelumba Team Dimension Data itu pada LTdL kali ini dan pertama dalam kariernya.

Lebih manis Gibbons merampas Jersi Pecut yang disarung Scott Sunderland semalam.

“Sejak Peringkat 1 saya mahukan kemenangan tetapi hanya dapat tempat kedua. Jadi saya sangat gembira menang di sini, ia adalah kemenangan pertama dalam karier saya,” kata Gibbons yang kini mendahului pesaing utama Jersi Kuning, Cameron Bayly dari Isowhey Sports Swisswellness dengan 23 saat.

Pakar pecut dari Afrika Selatan itu menjelaskan dia masih merasakan dirinya adalah pelumba yang bagus di laluan landai dan pada saingan hari ini pasukannya melakukan tugas sangat baik membantunya ke depan.

Mengenai Jersi Raja Pecut yang diraihnya, Gibbons menjelaskan ia bukanlah sasaran utamanya namun tetap cuba berada di depan pemegang jersi berkenaan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2myiHKP

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.