Bila Cikgu Mula Bertanya, “Ada Soalan Semua?”, Pasti Ramai Yang Menundukkan Kepala, 7 Tips Ini Boleh Latih Pelajar Untuk Berani Bertanya Soalan
Setiap orang mempunyai perwatakan, juga karakter mereka yang tersendiri, begitu juga dengan kanak-kanak yang mana ada di antara mereka yang pemalu, juga yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja walau baru dikenali.
Bagi kanak-kanak yang aktif, atau banyak bercakap, juga tidak berasa malu, golongan kanak-kanak ini lebih cenderung untuk aktif di dalam kelas, di mana sering mengikuti aktiviti pembelajaran, sama ada ‘excited’ untuk buat aktiviti baru, atau banyak bertanya soalan, walau sudah diterangkan oleh guru.
Namun begitu, bagaimana pula dengan murid, atau anak-anak yang pendiam, perlukah dibiarkan sahaja, atau ada cara untuk membantu mereka ini? Menurut perkongsian dari saudara Hazhari Ismail, terdapat beberapa cara menarik, yang boleh dilakukan ibu bapa, juga guru dalam melatih anak untuk beranikan diri, dalam bertanya soalan juga menjadikan mereka lebih yakin pada diri.
TANYA SOALAN
“Ada sesiapa punya soalan?”
Kelihatan hampir semua pelajar mengangkat tangan untuk menanyakan soalan kepada Prof. Jim di dalam kelas. Dan tangan aku masih menyorok di bawah meja, sebab takda apa nak di tanya. Masakan aku perlu bertanya tatkala lecture beliau yang aku anggap sudah sempurna?
Pernah tak terjadi macam ni? Terasa beban yang terlalu berat untuk mengangkat tangan bila disuruh untuk bertanyakan soalan. Tiada kekuatan.
Di dalam classroom setting, ia menjadi satu implikasi yang besar jika tidak dilatih sejak dari awal. Mengiyakan apa sahaja tanpa sebarang soalan.
a. Antara punca utama kenapa situasi ini kerap berlaku adalah
1. Malu
2. Takutkan rakan sebaya
3. Takut nampak bodoh
4. Tak reti nak tanya macam mana
b. Kesannya?
1. Ya, knowledge yang kita dapat tu tak lengkap. Kalau jenis yang rajin buka buku or google untuk cari jawapan takpela. Ini tidak, kita biarkan kekosongan itu terus kekal kosong.
2. Berlanjutannn sampailah ke peringkat tinggi. Dah jadi habit supaya taknak tanya soalan dalam kelas. Dan bila ramai-ramai dah pegang habit ni dalam suatu komuniti, maka ia menjadi culture. Hasilnya kita akan jadi pak turut mengiyakan semua benda. Tahu salah, tapi budaya ‘jangan tanya’ dah sebati.
Kedua-dua kesan ni yang kita takut sebenarnya. Membudayakan peradaban yang tidak sihat. Bukan sahaja di tempat kerja atau pengajian tinggi, malah di rumah pun akan ada wujud sikap kelemahan interaksi antara ibu bapa dan anak.
c. Jadi di peringkat pendidikan awal, apa cikgu-cikgu atau ibu bapa boleh lakukan untuk reduce kan masalah ini:
1. Selitkan game untuk bertanya soalan
2. Kumpulan kecil
3. Kotak soalan
4. Latar belakang kanak-kanak
6. Tidak memarahi jika tiada soalan
7. Rajin melayan soalan anak
Kadang-kadang kita tak sedar bila kita melatah untuk stop tanya, ia merencatkan minat dan akan terkesan dalam minda si kecil sampai bila-bila.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment