Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mangsa Ragut, 54, Maut Kejar Peragut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mangsa Ragut, 54, Maut Kejar Peragut

BACHOK, KELANTAN – Seorang wanita berusia 54 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengejar peragut yang meragut begnya, lapor Harian Metro. 
Dalam kejadian jam 8.15 pagi di Kampung Pak Elong, Tangok hari ini, Siti Rohani Wahab, maut akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikalnya terlanggar tiang elektrik. 
Saksi, Syuhada Abd Malik, 24 berkata, ketika kejadian, dia sedang bersarapan di kedainya dan melihat motosikal mangsa dari arah Kampung Telong ke Universiti Malaysia Kelantan dihimpit seorang lelaki sebelum terlanggar tiang elektrik. 
“Saya berlari ke arah mangsa yang terbaring di jalan dan mendapati dia sudah menghembuskan nafas terakhir,” katanya. 
Timbalan Ketua Polis Kelantan Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kemalangan itu berlaku, suspek telah meragut beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal. 
“Mangsa mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik dan terjatuh,” katanya. 
Jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.