Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syed Hamid Tidak Sambung Peranan Sebagai Duta Khas OIC Bagi Myanmar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syed Hamid Tidak Sambung Peranan Sebagai Duta Khas OIC Bagi Myanmar

KUALA LUMPUR: Tan Sri Syed Hamid Albar berkata beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak sebagai Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar.

Katanya, OIC yang berpejabat di Jeddah, menawarkan lanjutan kontrak selama tiga bulan untuk tugas itu, namun beliau menolaknya kerana tempoh itu terlalu singkat untuk membolehkannya menunaikan tugas yang perlu dilaksanakan.

Bekas Menteri Luar itu berkata pertubuhan 57 anggota berkenaan telah dimaklumkan tentang keputusan beliau itu berikutan berakhirnya kontrak beliau pada Disember tahun lepas.

Syed Hamid, yang juga presiden HUMANiTi Malaysia, badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu pendidikan dan kemanusiaan, menyatakan demikian selepas melancarkan Rohingya Integrated School of Excellence (RISE) di Kajang, dekat sini hari ini.

“Saya harap Malaysia akan terus menyuarakan nasib malang yang menimpa masyarakat itu di Myanmar,” katanya.

Beribu-ribu orang Rohingya melarikan diri dari Myanmar berikutan laporan kekejaman yang dilakukan terhadap masyarakat berkenaan di negara itu. — Bernama





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.