Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKNS FC Fokus Aksi Liga Super - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKNS FC Fokus Aksi Liga Super

JURULATIH PKNS FC, E Elavarasan. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

MELAKA: Finalis Piala FA musim lalu, PKNS FC mahu memfokuskan tumpuan kepada aksi Liga Super selepas perjalanan mereka tersekat apabila tewas kepada Melaka United (MU) 1-0 dalam pusingan kedua di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Jurulatih, E Elavarasan berkata, dia akur apabila skuad kendaliannya terkeluar lebih awal musim ini dan gagal mengulangi kejayaan mara ke final sebelum tewas di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim lalu.

“Saya akui Melaka United beraksi lebih baik dan bijak mengatur gerakan untuk membuka ruang kepada Amri Yahyah menjaringkan gol pada babak kedua.

“Selepas ketinggalan saya memperkuatkan jentera penggempur namun masih gagal mencipta gol. Apa pun saya puas hati dengan peningkatan yang dipamerkan barisan pemain, apatah lagi, ini adalah barisan baharu yang dibentuk.

“Jadi, fokus kami selepas ini untuk menang setiap perlawanan Liga Super. Kekalahan ini diharap menjadi pengajaran kepada pemain untuk tampil beraksi lebih baik,” katanya.

Perlawanan malam tadi lebih banyak dikuasai MU dengan melakukan beberapa percubaan bahaya namun skuad Semut Merah turut memiliki peluang menerusi Safee Sali, Manuel Soto dan Lucas Espindola namun kecekapan penjaga gol Melaka United Mohd Fazli Paat mengecewakan mereka.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.