Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sungai Ara FC Tarik Diri Piala FAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sungai Ara FC Tarik Diri Piala FAM

KUALA LUMPUR: Wakil Pulau Pinang, Sungai Ara FC hari ini mengumumkan penarikan diri daripada saingan Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2017 yang dijadual bermula Ahad ini.

Menurut entri terbaru dalam akaun rasmi Facebook kelab berkenaan, mereka terpaksa menarik diri kerana gagal menerima sebarang tajaan kewangan untuk mengharungi musim 2017.

“Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada pemain, barisan jurulatih, penyokong dan semua yang selama ini bersama-sama pasukan,” menurut kenyataan pasukan berkenaan dalam laman Facebook mereka.

Penarikan diri Sungai Ara FC menyaksikan hanya 15 pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Piala FAM musim ini.

Pasukan itu mula beraksi dalam saingan Piala FAM sejak 2014 dan pencapaian terbaik mereka ialah layak ke peringkat suku akhir musim lalu. – BERNAMA





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.