+Lichtlijn – Lampu Isyarat Direka Untuk Pejalan Kaki Yang Khayal Meggunakan Peranti
Apabila berjalan pandanglah ke depan. Sebelum melintas tengok kiri dan kanan sebelum melintas dan nantikan lampu hijau. Ini ialah amalan keselamatan jalan raya yang diajar sejak di bangku sekolah rendah. Dengan terciptanya peranti pintar, ramai penjalan kaki khayal mentatal skrin sehingga dirempuh kenderaan di atas jalan raya.
Di Bodegraven Belanda, lampu isyarat +Lichtlijn dipasang pada permukaan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan. Lampu yang diperbuat daripada LED ini diharap dapat menarik perhatian pejalan kaki yang menunduk ketika berjalan. Buat masa ini +Lichtlijn dipasang berhampiran dengan kawasan sekolah dengan rancangan mengembangkan penggunaannya jika terbukti dapat menyelamatkan nyawa. Selain di Belanda, sistem lampu isyarat di atas jalan raya ini turut digunakan di Jerman selepas kemalangan maut menyebabkan seorang pengguna digilis sebuah tram.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2l7lUBN
Post a Comment