Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hermans Menang Peringkat 2, Rampas Jersi Merah Tour Of Oman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hermans Menang Peringkat 2, Rampas Jersi Merah Tour Of Oman

AL BUSTAN (Oman): Pelumba Belgium, Ben Hermans menjadi pendahulu baharu jelajah berbasikal Tour of Oman selepas memenangi Peringkat 2 sejauh 145 kilometer, hari ini.

Pelumba 30 tahun itu mewakili pasukan BMC itu membuat kejutan ketika mata lebih tertumpu kepada beberapa nama pilihan lain apabila membuat pemecahan saat akhir di laluan mendaki curam ketika menuju ke garisan penamat di Al Bustan, sambil dikejar pelumba tempat kedua dari Portugal, Rui Costa dan pelumba Denmark, Jacob Fuglsang.

Hermans sepatutnya membantu kapten pasukan BMC yang juga juara Olimpik, Greg van Avermaet, tetapi dapat menghidu peluang untuk memastikan kemenangan.

“Greg sepatutnya berentap di garisan penamat yang landai manakala saya mempunyai peranan bebas, terutama untuk mengawasi Romain Bardet.

“Saya mencuba nasib pada masa yang tepat kira-kira 150 meter dari garisan penamat,” kata Hermans yang merampas jersi merah pendahulu daripada pelumba Norway dari pasukan Katusha, Alexander Kristoff, yang memenangi peringkat pertama, semalam.

Van Avermaet menduduki tempat kesembilan manakala Bardet yang menamatkan perlumbaan di tangga kedua di belakang Chris Froome pada tahun lalu, di tangga ke-10.

Peringkat ketiga sejauh 162km esok membabitkan laluan mendaki dari Universiti Sultan Qaboos ke Quriyat. – AFP





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.