Hi! Welcome Back and Stay Tune! GrabShare Dalam Persediaan Untuk Diperkenalkan Di Malaysia – Berkongsi Kenderaan Bersama Penumpang Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GrabShare Dalam Persediaan Untuk Diperkenalkan Di Malaysia – Berkongsi Kenderaan Bersama Penumpang Lain

Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membuat tempahan kenderaan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Mereka sering diposisikan sebagai pesaing kepada Uber di Malaysia, dan menawarkan ciri-ciri lebih kurang sama. Sebelum ini, Grab telah hadir dengan GrabHitch yang memudahkan anda menempah kenderaan pada harga rendah, dan kini Grab turut telah mula mengambil pendaftaran pemandu untuk menyertai GrabShare.

Melalui GrabShare, penumpang akan berkongsi kenderaan bersama-sama dengan penumpang lain – dimana kedua-duanya menuju kepada lokasi yang berdekatan atau dalam perjalanan. GrabShare dijangka menawarkan kadar tambang lebih rendah – sementara untuk pemandu pula, mereka akan mendapat pendapatan yang lebih kurang sama atau lebih tinggi.

GrabShare

Grab Malaysia telah pun menyediakan halaman khusus untuk pemandu dapatkan info lanjut mengenai perkhidmatan ini. Grab mengatakan hanya 2 penumpang boleh diambil pada sesuatu masa, dan perjalanan dioptimasikan menggunakan algoritma khusus supaya penumpang dengan lokasi yang dituju sama dihubungkan.

Pihak Grab sendiri menjadualkan acara khusus pada pagi esok, dan dijangka akan berkongsi lanjut mengenai ciri ini secara rasminya. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran ini untuk pengguna umum pada acara berkenaan esok.

Layari : Grab Share






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2l7YnAC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.