Hi! Welcome Back and Stay Tune! VIRAL Pakej Ambil Upah Untuk Doa Di Makkah. Ini KOMEN Mufti Wilayah Yang Ramai SETUJU !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VIRAL Pakej Ambil Upah Untuk Doa Di Makkah. Ini KOMEN Mufti Wilayah Yang Ramai SETUJU !!!

VIRAL Pakej Ambil Upah Untuk Doa Di Makkah. Ini KOMEN Mufti Wilayah Yang Ramai SETUJU !!! | Kuala Lumpur: “Batalkan Valet Doa.” Demikian saranan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai perkhidmatan kiriman doa di Masjidil Haram Makkah yang tular di Facebook (FB).

“Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah DIBATALKAN agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah dan eksploitasi ibadah.

“Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Zulkifli berkata, Valet Doa sama sekali tidak menepati Islam yang sebenar dan tidak mengikut syariat kerana tiada dalam sejarah dan juga adab dalam kalangan salafussoleh iaitu ulama soleh terdahulu yang berbuat demikian.

“Penamaan pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, antara perkara yang menimbulkan keraguan termasuk jaminan 100 peratus pemakbulan doa.

“Berhubung ‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doa sedangkan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak.

“Ianya bersifat tidak jelas kerana kemakbulan adalah mutlak bergantung kepada-Nya. Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan,” katanya.

Menurut catatan di laman FB Valet_Doa itu, ia mempromosikan servis untuk hajat-hajat dibacakan terus di Masjidil Haram Makkah.

Pengendali yang memperkenal dirinya sebagai Nasrin Harin, 40, atau Haji Arin dan tinggal di Shah Alam, Selangor mendakwa, perniagaan ini adalah pertama di dunia, cepat dan menjimatkan kos.

Dia menawarkan tujuh pakej yang berharga antara RM500 hingga RM7000 tetapi kononnya memberikan tawaran istimewa bagi 333 individu terawal.

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

The post VIRAL Pakej Ambil Upah Untuk Doa Di Makkah. Ini KOMEN Mufti Wilayah Yang Ramai SETUJU !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2lJJCag


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.