Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Gabungan Perlu Rasional Pilih Presiden Baharu: Ibrahim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Gabungan Perlu Rasional Pilih Presiden Baharu: Ibrahim

Tan Sri Dr Ibrahim Saad. – Foto ihsan UKM.my

BANGI: Ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu bersikap rasional dalam memilih presiden baharu badan induk itu tanpa terbawa-bawa dengan emosi masing-masing.

Bekas Setiausaha Agung FAM, Tan Sri Dr Ibrahim Saad berkata setiap pihak yang terbabit dalam Kongres FAM ke-53 tidak perlu memperkecilkan mana-mana individu, sebaliknya melihat pemilihan itu sebagai penting demi masa depan bola sepak negara.

Mengulas siapa calon yang lebih layak dipilih sebagai presiden baharu, antara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa, beliau berkata kedua-dua calon mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan bola sepak.

“Saya lebih suka positif, sekiranya antara mereka menang, saya yakin mereka akan mencurahkan pengalaman dan keupayaan untuk kebaikan bola sepak negara.

“Kita tidak perlu memperkecilkan sesiapa atau menyakitkan hati sesiapa, tetapi melihatnya sebagai satu yang positif untuk bola sepak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

FAM pada Isnin lalu mengumumkan Tunku Ismail dan Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai calon yang mengesahkan pencalonan mereka untuk merebut jawatan presiden.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang mahu Kongres FAM bagi penggal 2017-2021 pada 25 Mac depan, dipimpin 100 peratus muka baharu.

Menurutnya, pemilihan FAM hanya diundi oleh 50 ahli gabungan dan mereka yang mengundi sudah berada dalam FAM lebih daripada 10 tahun.

“Saya tidak setuju jika pemilihan kali ini ditukar 100 peratus. Kalau mahu berbuat demikian, saya rasa mereka yang mengundi juga perlu tukar.

“Mereka sudah ada dalam FAM lebih 10 tahun, itu sistem yang ada dan jika ada kelemahan kita perlu perbaiki,” katanya.

Ibrahim berkata impak pemilihan FAM bukan hanya memberikan kesan kepada ahli gabungan saja tetapi juga menjadi penentu masa depan bola sepak negara. – BERNAMA





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.