Hi! Welcome Back and Stay Tune! Impian Barcelona Sudah Berakhir – Enrique - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Impian Barcelona Sudah Berakhir – Enrique

PENGENDALI Barcelona, Luis Enrique mengakui harapan pasukannya dalam saingan Liga Juara-Juara sudah berakhir musim ini selepas kekalahan mengejut 4-0 di tangan Paris Saint-Germain (PSG) pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir, awal pagi tadi. – Foto Reuters

PARIS: Pengendali Barcelona Luis Enrique mengakui harapan pasukannya dalam saingan Liga Juara-Juara sudah berakhir musim ini selepas kekalahan mengejut 4-0 di tangan Paris Saint-Germain (PSG) pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir, awal pagi tadi.

Angel Di Maria yang menyambut hari jadi ke-29, meledak dua kali untuk juara Perancis itu di Parc des Princes, manakala Julian Draxler dan Edinson Cavani – yang menyambut hari lahir ke-30, turut menemui sasaran dalam aksi di laman sendiri itu.

Keputusan itu meletakkan PSG semakin hampir dengan tempat di suku akhir buat musim kelima berturut-turut, manakala Barcelona berkemungkinan tersingkir awal sekali lagi selepas kali terakhir disingkirkan Liverpool di peringkat sama pada tahun 2007.

Ia adalah mimpi ngeri buat skuad Catalans itu sejak dimalukan 7-0 oleh Bayern Munich pada separuh akhir 2013, dan belum ada pasukan berjaya bangkit daripada defisit 4-0 perlawanan pertama di peringkat ini.

“Ia sukar untuk dijelaskan. Mereka lebih hebat daripada kami sejak awal permainan,” kata Enrique.

“Hanya 15 minit di babak pertama kami menguasai permainan, selain daripada itu PSG pantas menyerang balas dan mencipta beberapa peluang.

“Ia malam yang tragik buat kami. Mereka cukup dominan. Tiada apa lagi dapat saya katakan.”

Di Maria, bekas pemain sayap Real Madrid, membuka jaringan menerusi sepakan percuma minit ke-18 dan bintang Jerman, Draxler merasmikan aksi Eropah pertama bersama kelab itu dengan meledak gol kedua lima minit sebelum rehat.

Di Maria menambah jaringan 10 minit selepas perlawanan bersambung sebelum Cavani melengkapkan kemenangan dengan gol ke-34 dirinya musim ini pada minit ke-71. – AFP





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.